Danmuji (Acar/Jeruk Lobak Putih)

Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep
Menu ni pun idea si dara saya jugak, almaklum lah peminat KDrama, semua makanan Korea jadi kesukaan pada hal kalau lobak putih tu kalau dibuat masak rebus untuk ubat kencing tak lawas bukan kata nak makan, jamah pun tidak. Bila dibuat jeruk boleh pulak dia makan. Alahai.. Ragam anak-anak.
Memandangkan waktu raya nanti kebanyakan rumah yang dikunjungi mesti rata-rata menghidangkan lauk pauk atau menu yang sama atau hampir sama yang berasaskan daging, ayam, beras pulut, bihun, mi, nasi menyebabkan anak-anak dan suami saya akhir nya akan memilih untuk makan mi segera kerana muak kata mereka, tengok jer rasa tak larat nak makan benda yang sama. Jika ada danmuji dan kimchi boleh digandingkan bersama mi segera tu. Haha.. Adoi memilih sungguh selera mereka ni. Bagi saya pulak, asal ada sambal belacan, ikan masin, sayur kampung kira on jer, lauk pauk raya tolak ke tepi atau simpan di dalam freezer. Esok lusa tulat baru terasa nak makan lauk pauk raya, terus perangatkan jer.
Danmuji (Acar/Jeruk Lobak Putih)
Ramadan Month Challenge 4: Raya Prep
Menu ni pun idea si dara saya jugak, almaklum lah peminat KDrama, semua makanan Korea jadi kesukaan pada hal kalau lobak putih tu kalau dibuat masak rebus untuk ubat kencing tak lawas bukan kata nak makan, jamah pun tidak. Bila dibuat jeruk boleh pulak dia makan. Alahai.. Ragam anak-anak.
Memandangkan waktu raya nanti kebanyakan rumah yang dikunjungi mesti rata-rata menghidangkan lauk pauk atau menu yang sama atau hampir sama yang berasaskan daging, ayam, beras pulut, bihun, mi, nasi menyebabkan anak-anak dan suami saya akhir nya akan memilih untuk makan mi segera kerana muak kata mereka, tengok jer rasa tak larat nak makan benda yang sama. Jika ada danmuji dan kimchi boleh digandingkan bersama mi segera tu. Haha.. Adoi memilih sungguh selera mereka ni. Bagi saya pulak, asal ada sambal belacan, ikan masin, sayur kampung kira on jer, lauk pauk raya tolak ke tepi atau simpan di dalam freezer. Esok lusa tulat baru terasa nak makan lauk pauk raya, terus perangatkan jer.
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit lobak putih. Hiris/potong ikut suka membulat atau memanjang.
- 2
Satukan gula, serbuk kunyit dan biji lada ke dalam periuk. Masukkan air dan garam.
- 3
Masukkan juga cuka dan kacau rata, masak hingga mendidih. Biar suam sebelum dituang ke dalam bekas yang berisi hirisan lobak putih tadi hingga terendam.
- 4
Biar sejuk dan ditutup bekas nya, peram di dalam peti sejuk sebelum dinikmati, lagi lama lagi sedap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Danmuji (Acar Lobak Putih) Danmuji (Acar Lobak Putih)
goldenapron23week9Saya suka makan macam tu sahaja.Sebagai pencuci mulut. Rasanya manis masam dan rangup lobaknya. Ani Delighted -
Danmuji (jeruk lobak putih) 🇰🇷 Danmuji (jeruk lobak putih) 🇰🇷
Jeruk lobak putih @ DANMUJI kegemaran orang korea. Boleh di makan bersama nasi atau menu korea .... Buat banyak jadi simpan dalam peti ais..makin lama makin sedap.#cppassport Ani Delighted -
Danmuji(Jeruk Lobak Putih) Danmuji(Jeruk Lobak Putih)
#immunebooster #minggu2 #tapaian Danmuji adalah makanan sampingan yang popular di korea. Saya biasa makan yang sedia dijual. Ini pertama kali saya buat danmuji. Penyediaan amat mudah. Sedap dimakan bersama jjangmyeon. Asz Haniey -
Kacang Gajus Manis Pedas Kacang Gajus Manis Pedas
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanKudapan kacang gajus ni memang cepat jer licin. Ralit makan sampai tak ingat donia 🤭. Siapa lambat memang kempunan la jawab nya. 😆Dibuat pada hari yang sama dengan kentang goreng salut serbuk keju, cuma lambat nak taip resipi.Sebenar nya saya nak buat bakar guna oven/AF jer tapi macam yang saya ceritakan pasal letrik asyik terpadam menyebabkan plan asal jadi terbantut. Bila mood rajin tu datang, letrik rumah pulak buat hal. Nak buat macam mana kan? Kita mampu merancang jer. Allah yang menentukan. Jawab nya, saya sangai dan masak atas dapur stove jer lah. Kalau guna oven/AF tak banyak kerja. Takpe layankan ajer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang gajus (3) + lada hitam (R) Dapur Yusfarisyia -
Acar Jelatah Acar Jelatah
#goldenapron2020#cookpadmalaysiaAcar Jelatah ini dibuat tanpa campuran hirisan bawang besar mentah sebab suami dan anak tak makan bawang mentah.Sedap dimakan bersama nasi berperisa dan lauk-pauk yang lain. ha.lim39 -
Sup Pekat Kentang & Lobak Merah Sup Pekat Kentang & Lobak Merah
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiSalah satu cara nak bagi anak-anak makan lobak merah walaupun mereka dah besar panjang, memang tak berapa gemar makan lobak merah. Tapi bila dibuat sup pekat cara ini, mereka boleh habiskan pulak. Sedap dimakan ketika masih panas.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kentang (1) + lada hitam (R) + oregano (2) + santan (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Lobak Merah bersama Kentang dan Sosej Sup Lobak Merah bersama Kentang dan Sosej
#phopxcookpad2020#Cookpadmalaysiatask2#phopbylinimohd#newbie#goldenapron2020Anak-anak saya kurang gemar makan lobak merah, lagi-lagi kalau dibuat sayur campur, kalau dimasak stew mesti lobak merah saje yang ditinggalkan. Kalau dibuat puri dan dijadikan sup sebegini mahu pulak mereka makan. 🤭 Dapur Yusfarisyia -
Lobak Putih Masak Air Lobak Putih Masak Air
#TeamSahurMenu untuk sahur yang mudah jer. Mata pun masih mengantuk menyiapkan menu sahur untuk keluarga. Anak-anak dan suami cukup suka kalau ada yang boleh dihirup. Dimakan bersama nasi putih dan telur goreng dadar sudah cukup memadai. Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Lobak Putih Jeruk Kerabu Lobak Putih Jeruk
Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, apabila mak saya tak ada selera makan dia mesti buat kerabu lobak putih jeruk ni. Mak akan makan dengan ikan goreng dan nasi putih. Lauk lain mak tak nak dah. Waktu tu saya tengok jer. Saya tanya mak “sedap ke?” Mak jawab “sedap! Kalah lauk-lauk lain” sambil tersenyum. Apabila sekarang saya sudah mencecah usia yang senja ni selera makan pun dah tak macam dulu. Kalau dulu saya makan ikan sardin dalam tin/sardin segar tetapi tidak lagi. Kalau beli pun untuk suami dan anak-anak. Kadang terfikir sendiri “Oh! Macam ni lah apa yang mak rasa?” Patut la kalau dulu-dulu kami suruh/paksa mak makan sesuatu seperti cheese mak mesti tak nak. Sampai kami bagitau “huh, rugi mak tak makan ni, sedap.” Mak akan buat reaksi wajah kata tak sedap. 🤭😁Hari ni saya rasa kurang selera nak makan, tetibe teringat pada kerabu lobak putih jeruk, dan-dan terliur, terus buat. Alhamdulillah bertambah-tambah nasi. 🍚 Dapur Yusfarisyia -
Acar Lobak Putih Acar Lobak Putih
Selalu kita makan acar lobak merah jer kan arini hakak cuba buat acar lobak putih tapi hakak letak sedikit lobak merah untuk nampak colour cikit😁jom tengok resepi mudah dan cepat siap lagi sedap👍😋 Jemilah Tukimin -
Kimchi Mudah Kimchi Mudah
Ramadan Month Challenge 4: Raya PrepTekak terasa nak makan kimchi. Anak dara bagitau "mama dah lama tak buat kimchi." Bila dia teringin, dia beli jer tapi tak menepati citarasa nya. Kata nya kimchi mama jugak yang sedap.Malam semalam saya dan si dara saya pergi membeli barangan keperluan dapur di pusat membeli belah yang tak jauh dari rumah kami. Manakala suami saya mencari tempat parkir. Ramai pulak orang yang berkunjung di situ. Cari daun bawang tak nampak batang hidung. Takpe lah kira nak gantikan dengan daun kucai jer tapi daun kucai pun habis. Aiseyman... Bila nak perlu mesti takde, kalau tak perlu berlambak pulak. Habis pilih barang, berbaris punya lah panjang nak timbang barang, belum lagi part nak bayar. Si dara saya sampai duduk di lantai kerana sakit senguggut 😩berdiri lama sangat beratur nak bayar.Tiba-tiba suami saya telefon, tanya kenapa lama sangat, bebel itu ini. Adui! Potong mood betul lah, rasa nak tinggalkan jer barang-barang tu dan terus balik. Dalam hati kata "dia ingat kita ni main ke dalam ni?" Mood geram. Anak dara pun bagi cadangan suruh buat kimchi lebih, nanti bila time raya boleh makan kerana raya nanti mesti setiap rumah sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan menghidangkan menu yang hampir sama, rasa muak lah pulak. Mesti makanan ala oma dan oppa memikat hati yang lain sebab ada kelainan kan? 😅 Hmm 🤔 bijak jugak si dara saya tu. Good idea 👍 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen