Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Bilis

Global Apron 2024 Challenge 10: Kudapan
Tak pernah jemu makan ubi kayu rebus. Gandingkan bersama kelapa, ikan asin goreng, sambal belacan dan sambal tumis. Digoreng pun sedap. Hari ni buat yang mudah-mudah jer. Baru balik dari klinik teman si dara ambik cuti sakit sebab demam. Perut berkeroncong, tengahari tadi sempat makan sikit jer. Buat untuk kudapan minum petang.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Ikan bilis (2) + ubi kayu (2)
Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Bilis
Global Apron 2024 Challenge 10: Kudapan
Tak pernah jemu makan ubi kayu rebus. Gandingkan bersama kelapa, ikan asin goreng, sambal belacan dan sambal tumis. Digoreng pun sedap. Hari ni buat yang mudah-mudah jer. Baru balik dari klinik teman si dara ambik cuti sakit sebab demam. Perut berkeroncong, tengahari tadi sempat makan sikit jer. Buat untuk kudapan minum petang.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Ikan bilis (2) + ubi kayu (2)
Cara Memasak
- 1
Satukan ubi kayu, air dan garam rebus hingga empuk, ketepikan.
- 2
Sementara menunggu ubi direbus, kisar bahan-bahan bertanda* hingga lumat. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- 3
Guna minyak yang sama (tambah jika perlu) dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa (tapiskan), gula dan garam, kacau rata.
- 4
Adjust rasa mengikut sesuai selera. Jika nak tambah bawang holland hiris pun boleh tapi saya tak letak. Masak hingga pecah minyak. Tutupkan api dan biarkan suam, masukkan ikan bilis, gaul rata.
- 5
Hidangkan bersama rebus rebus tadi.
Resipi Sepertinya
-
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @amirshah19Mak saya memang suka sangat makan sira ubi kayu ni. Kadang tu dia buat sira sukun. Dua-dua pun sedap, memang layan habis di musim hujan begini. Dapur Yusfarisyia -
Tumis Belacan Pucuk Ubi Tumis Belacan Pucuk Ubi
Jiwa Merdeka 🇲🇾Sempena #MerdekaMonth #AugustChallenge kita tahun ni, jom kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka sebagai tanda penghormatan atas usaha dan pengorbanan mereka dalam memerdekakan negara tercinta.Pokok ubi kayu antara pokok yang senang ditanam dan senang untuk didapati tak kira di tepi rumah atau di sekeliling kampung. Kalau zaman nenek moyang kita, belum banyak pembangunan, lebih banyak kehijauan memang tak susah untuk mencari pokok ubi kayu. Dari pucuk muda, buah ubi hingga ke kulit ubi kayu boleh dimakan. Kira nya buah ubi kayu tu menjadi makanan ruji pengganti nasi kerana beras pun payah nak dapat.Hari ni saya masak tumis belacan pucuk ubi kayu. Memang layan makan dengan ikan kering goreng, sambal belacan ulam timun dan nasi putih. Makan kering sekali - sekala memang bertambah-tambah. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Cicah Sambal Bilis Tempeh Ubi Kayu Cicah Sambal Bilis Tempeh
Benda ni paling berhantu. Tahu-tahu je dah habis sebalang. Sesuai jugak dijadikan lauk.ikan bilis (2 point)kentang (1 point)tempe (2 point)Ubi kayu (2 point)7 points#GlobalApron2024 #challenge10 #kudapan Nihadriz Niha -
Sambal Tumis Petai & Terubuk Masin Sambal Tumis Petai & Terubuk Masin
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureSelalu dibuat untuk menu kenduri sambal tumis terubuk masin ni. Saya sengaja tak letak bawang besar pada akhir proses seperti yang selalu dibuat pada resipi sambal tumis sebab anak dara tak suka ada bawang nampak seketul-seketul potongan macam tu 😅.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Belacan (1) + ikan masin (R) + (5 BONUS POINT per resipi jika guna ikan terubuk masin) Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Gula Perang Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Gula Perang
Resipi dalam draf juga.Favourite mak saya kalau dibuat cicah dengan kelapa parut mahu pun dengan gula perang. Bagi anak-anak saya pulak, mereka lebih suka cicah bersama sambal tumis, sambal belacan kering dan ikan masin goreng. Selera masing-masing kan? Kalau tanya saya, saya tak kisah pun, mana-mana boleh, janji dapat dimakan. 🤗 Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
#MottainaiUbi kayu rebus masih berbaki di dalam peti sejuk. Sayang pulak nak dibuang. Banyak resipi yang boleh dibuat dengan ubi rebus ni contoh kuih getuk ubi, bebola ubi cheese, kerepek ubi rebus, nugget ubi dan sebagai nya. Cuma tinggal rajin atau malas jer.Hari ni mood kurang rajin, sebab sayang tak nak membazir dan tak nak peti sejuk penuh hingga tak cukup ruang untuk simpan makanan, saya goreng jer. Alhamdulillah licin 😊 Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
Minum pagi tadi dengan ubi kayu rebus. Cicah dengan sambal tumis atau kelapa parut campur gula. Kalau ada gula apong lagi sedap. Pekena pula kopi atau milo panas memang sedap sangat. Ubi kayu nya pula empuk. Memang lama juga tak makan ubi kayu rebus. Dapur Yusfarisyia -
Tumis Belacan Umbut Rebung Tumis Belacan Umbut Rebung
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanUmbut rebung ni juga kesukaan kami sekeluarga terutama nya anak-anak. Kalau makan tu kadang lebih kepada meratah. Mereka tak suka dipotong nipis atau kecil, tak best makan sebab takde rasa rangup nya kata mereka. Kalau buat tu, mesti nak pedas dan sedikit manis baru lah sedap. Tumis umbut rebung ni perlu lebihkan sedikit minyak masak nya. Tumis kering, sikittt jer kuah nya, memang tak pandang menu lain dah. Itu lah penangan tumis belacan umbut rebung pada keluarga saya. Sekarang ni dah diwarisi oleh anak-anak saya terutama si bujang saya yang tinggal di perantauan, bila dapat masak sebijik rasa macam mama dia memang senyum sampai ke telinga dia. Puas hati sebab boleh mewarisi resipi favourite keluarga kami.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (R) + umbut (3) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Tumis Terung Pipit Sambal Tumis Terung Pipit
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeMengimbau kembali zaman nenek moyang kita dahulu hidup dengan menjadikan tumbuhan yang ada di sekitar kampung untuk dijadikan menu untuk dihidangkan bersama seisi keluarga. Antara tumbuhan nya ialah terung pipit. Terung pipit ni senang tumbuh dan senang untuk dicari. Selain dibuat sambal tumis, ia nya juga boleh dibuat ulam mentah dengan sambal belacan. Tetapi ramai di antara cucu-cicit kami yang tak reti nak makan yang mentah. Arwah atuk dengan nenek pun kata makan berpada-pada, jangan terlebih.Sedikit info tentang terung pipit ni :-Sumber : https://fazlisyam.com/terung-pipit-2/Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanLama dah tak masak nasi lemak. Dulu-dulu nasi lemak yang dijual memang letak ikan masin, kacang tanah, timun, telur rebus dan sambal tumis. Tak pernah jumpa pun yang dicampur ayam goreng. Namun sekarang ni pelbagai variasi nasi lemak yang dijual, ada nasi lemak kukus, sambal sotong, ayam goreng, telur dadar yang ditambah.Paling saya suka apabila nasi lemak dibungkus di dalam daun pisang. Bila dibuka bungkusan nya, hmm.. Harum nya dari jauh pun boleh hidu, terus rasa lapar. Nasi lemak mak saya mungkin tak sama dengan nasi lemak yang lain kerana ada campuran jintan manis. Itu lah keunikan nasi lemak resipi keluarga kami yang diwarisi kepada kami sehingga kini. Akan diwarisi kepada anak, cucu dan cicit serta generasi baru nanti, insha Allah.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cili (R) + ikan masin (2) + limau kasturi (1) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Bendi & Cendawan Snow White Masak Lemak Bendi & Cendawan Snow White
Global Apron 2024 Challenge 19: Vegetarian 🥦Masak lemak sebegini untuk saya dan si dara sebab suami saya alah pada santan yang pekat. Sayur bendi tu pulak favourite dia, jadi dia makan sayur jer tanpa kuah. Si dara pulak cuti ada lah peneman saya untuk makan bersama. Gu pulak dengan sambal belacan dan ikan kering goreng.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bendi (1) + cendawan (R) Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Cicah Kacang Tumbuk Ubi Kayu Rebus Cicah Kacang Tumbuk
#resipi3bahan#goldenapron2020Makan Ubi Kayu Kuning Rebus sahaja pagi ini,sedaplah pula wei cicah dengan Kacang Tumbuk dicampur sedikit Gula Perang!.Sambil makan teringat kenangan di Chu Chi Tunnel Vietnam.Sedapnya makan Ubi Kayu Rebus dicicah Kacang Tumbuk,ada pula Kopi Vietnam panas,padu!.Bezanya di sana Ubi Kayu Putih,dah tak ada Ubi Kayu Kuning pun bolehlah juga,lagi sedap rasanya!😋.Boleh masukkan sekali resepi ini dalam cabaran #resepi3bahan Cookpad Malaysia. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)