Sawi Pak Choy & Telur Puyuh Masak Sos Tiram

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

Challenge 12 = Tiruvasi #GlobalApron2024

#cooksnap @dapurfaafeefoo

Minggu ini Yani memilih untuk tiruvasi resipi dari Kak Faa kerana bahan-bahan yang ada memenuhi challenge ini. Yani memilih bahan= telur puyuh, sos tiram dan lada sulah.

Di dalam resipi asal menggunakan cili api yang dihiris, namun Yani gantikan dengan lada sulah supaya anak yang tidak tahan pedas boleh juga menikmati hidangan ini bersama. Jadi jimat masa Yani untuk masak 1 hidangan sahaja🤭.

Ok, jom lihat resipinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 pektelur puyuh (dicuci dan rebus selama 10 minit)
  2. 1 peksayur sawi Pak Choy (dicuci bersih dan dipotong)
  3. 3 ulasbawang putih (dikisar)
  4. 2 bijibawang merah (dikisar)
  5. 4 sudu makansos tiram
  6. 1 sudu kecillada sulah
  7. 1/2 sudu kecilgaram
  8. 1/2 cawanair
  9. 3 suduminyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Telur puyuh dicuci bersih kemudian rebus selama 10 minit. Sawi Pak Choy juga dicuci bersih dan dipotong.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar. Masukkan sos tiram, serbuk lada sulah dan garam. Kacau dan masukkan air. Biar didih seketika

  3. 3

    Masukkan telur puyuh dan sawi Pak Choy. Kacau rata sehingga ia didih semula. Tutup api memasak.

  4. 4

    Siap dihidangkan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya