Ikan Lampam Masak Tumis Kering

Ikan air tawar sekali sekala masak menu macam ni memang terangkat. Sedap tau, janji ikan lampam tu dipotong nipis dan saiz kecil bila digoreng rangup sampai tulang pun krup krup boleh kunyah.
Global Apron 2024 Challenge 17: Sukahati
Ikan air tawar (3)
Kentang (1)
Gula Melaka (2)
Sos tiram (1)

Cara Memasak
- 1
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih, ketepikan.
- 2
Ikan yang dipotong dan kentang yang dipotong gaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng kentang dahulu. Kemudian goreng ikan hingga garing dan rangup, ketepikan.
- 3
Gunakan minyak goreng yang sama, asingkan jika minyak banyak, cukup satu senduk kecil minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan masukkan sos tiram dan gula melaka. Kacau hingga merata dan sekata. Perasakan dengan garam dan kicap lemak manis secukup rasa.
- 4
Selepas itu masukkan cili besar hijau dan merah serta bawang yang dipotong bulat, Kacau-kacau. Masukkan ikan yang digoreng rangup tadi bersama dengan kentang. Gaul sebati, siap. sedia dihidang.
- 5
Sedia dihidang bersama dengan nasi panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen