Honey Walnut Tart
Cara Memasak
- 1
Walnut - sangai kemudian cincang.
- 2
Tart Crust :
Dalam mangkuk, satukan mentega dan gula icing. Pukul sehingga sebati.
Masukkan telur dan pukul lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga sebati.Bulatkan dan balut doh tart dengan plastik wrap kemudian rehatkan di dalam petias dalam 1 jam. Tujuannya adalah supaya senang bila hendak roll doh nanti.
- 3
Selepas rehat 1 jam keluarkan doh tart.
Dengan menggunakan 2 keping parchment paper, roll doh.
Potong doh mengikut saiz springform pan yang digunakan. Potong juga doh memanjang untuk bahagian sisi tart.
Kemudian dengan perlahan masukkan doh yang dipotong ke dalam springform pan. Kemaskan.Cucuk sedikit doh tart dengan garfu.
👉Jika menggunakan tart pan tidak perlu potong doh mengikut saiz pan sebaliknya terus sahaja alihkan doh yang di roll ke dalam tart pan. - 4
Masukkan doh tart ke dalam petias selama 2 jam atau sehingga doh keras.
Kemudian blind bake tart doh selama 10-15 minit.
Sementara bakar doh tart, kita buat filling. - 5
Filling :
Dalam periuk, masukkan brown sugar, garam, madu dan butter.
Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga gula dan butter cair.
Matikan api dan kacau-kacau adunan sehingga suam.
Masukkan telur dan vanilla extract sambil terus dikacau laju supaya telur tidak bergentel.
Kemudian masukkan walnut cincang, gaul rata. - 6
Masukkan filling ke dalam doh tart.
Boleh juga letak sedikit walnut di atas filling sebagai hiasan jika suka.
Bakar tart pada suhu 170c selama 35-40 minit (ikut oven masing-masing).Bila tart sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga tart sejuk sebelum dikeluarkan dari springform pan.
👉Boleh guna food thermometer untuk pastikan yang tart sudah masak. Suhu tart mestilah dalam 200F - 7
Sedia dinikmati 😋😋😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi





















Komen