Kari Daging

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Resipi dalam galeri fon.
Cooksnap daripada adik Min @MocQue
Saya ada olah sedikit bahan nya. Sebenar nya santan yang dibeli tertinggal di atas meja kaunter kedai. Malas nak balik ke sana, guna jer lah baki santan yang tak seberapa yang ada di dalam peti sejuk. Stock susu sejat pun dah habis. Takpe lah, masak kari tanpa santan pun sedap bagi saya sebab saya ni tak memilih tetapi suami saya tu suka sangat kalau kari tu dibuat pekat 🤦🏻‍♀️. Saya pun tak faham lah, nanti bila waktu makan dia yang beriya-iya menimba kuah kari ke dalam pinggan nasi dia sampai kering kontang pinggan/mangkuk kari. Orang lain (ahli keluarga) nak makan daging dengan kentang jer ke? Kita orang pun nak jugak kuah kari tu. Sebab tu bila suami saya request masak kari ke, masak kurma ke, masak kicap ke, saya terus "sound" dia takmo yang pekat-pekat sangat nanti orang lain tak merasa kuah nya. Buat sederhana pekat tu pun dah kira okay sangat. Dia pun angguk kepala dan bagi sign jari 👌. Adan uke dia 😆

Kari Daging

9 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmdaging lembu (dipotong)
  2. 1 1/2 bijibawang besar (dihiris)
  3. 4 ulasbawang putih (dihiris)
  4. 3 incihalia (dihiris)
  5. 4 tangkaidaun kari
  6. Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih)
  7. 7 sudu besarserbuk kari
  8. 3 sendukminyak masak
  9. 3 bijiubi kentang (dikupas kulit nya dan dipotong 4)
  10. Air bertapis sesuai selera
  11. 1/2 kotakkecil santan pekat
  12. Maggi Cukup Rasa sesuai selera
  13. Garam Himalaya sesuai selera

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih, rempah tiga sekawan dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan serbuk kari dan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan lagi air, kacau rata.

  2. 2

    Masukkan daging dan gaul sekali sekala sampai daging lembut. Masukkan kentang dan air cukup sampai kentang tenggelam. Selepas kari mendidih dan kentang lembut, masukkan santan, maggi cukup rasa dan garam, gaul sebati, adjust rasa mengikut sesuai selera.

  3. 3

    Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih atau roti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya