Terung Bakar Balado

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙

#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾

Terung ungu memang favourite mak saya. Kalau dulu saya tak gemar makan sayur terung ungu tetapi disebabkan suami dan anak dara saya suka, maka nya saya jadi suka tak sengaja 😆 sebab selalu masak untuk mereka.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Bawang bombay / bawang besar ungu (2) + terung ungu (1)

Terung Bakar Balado

5 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙

#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾

Terung ungu memang favourite mak saya. Kalau dulu saya tak gemar makan sayur terung ungu tetapi disebabkan suami dan anak dara saya suka, maka nya saya jadi suka tak sengaja 😆 sebab selalu masak untuk mereka.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Bawang bombay / bawang besar ungu (2) + terung ungu (1)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 bijiterung ungu✅
  2. 1 bijibawang merah bombay✅
  3. 1 jemputikan bilis (cuci dan toskan)
  4. 17 bijicili padi (ikut selera)
  5. Sedikitair bertapis
  6. Gula sesuai selera
  7. 3 sudu besarkicap masin
  8. Maggi cukup rasa sesuai selera
  9. Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci terung dan potong hujung tangkai nya. Belah dua dan potong dua. Bakar di atas non stick pan hingga masak di kedua-dua bahagian. Angkat dan potong lagi bagi sedikit kecil potongan nya, ketepikan.

  2. 2

    Masukkan bawang merah bombay, cili padi dan ikan bilis di dalam chopper dan kisar jangan sampai halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan.

  3. 3

    Masukkan sedikit air, kicap masin, gula dan maggi cukup rasa, adjust rasa mengikut sesuai rasa. Masak hingga pecah minyak dan tutupkan api.

  4. 4

    Tuangkan bahan tumis ke atas terung tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya