Russian Black & White Chocolate Cake

Dulu pernah buat versi empat segi. Kali ni buat versi bulat pulak. Resepi dari blog hanamemories. Aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Guna 4 biji loyang 6 inci. Tujuan aku guna 4 biji loyang supaya kek cepat masak. Kek ni aku tak kukus macam dalam resepi asal. Aku bakar dalam 35 minit sekaligus sebab oven aku muat 4 biji loyang bulat sekali masak. Jimat dah masa kat situ... Lagi satu, cream & coklat ganache tu pn aku buat separuh adunan. Tp xcukup. Kena tambah sikit lagi. Kalau buat kek 3 lapis cukup la...
Russian Black & White Chocolate Cake
Dulu pernah buat versi empat segi. Kali ni buat versi bulat pulak. Resepi dari blog hanamemories. Aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Guna 4 biji loyang 6 inci. Tujuan aku guna 4 biji loyang supaya kek cepat masak. Kek ni aku tak kukus macam dalam resepi asal. Aku bakar dalam 35 minit sekaligus sebab oven aku muat 4 biji loyang bulat sekali masak. Jimat dah masa kat situ... Lagi satu, cream & coklat ganache tu pn aku buat separuh adunan. Tp xcukup. Kena tambah sikit lagi. Kalau buat kek 3 lapis cukup la...
Cara Memasak
- 1
Mula-mula kita buat kek coklat dulu. Ayak bahan yang bertanda *
- 2
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk
koko tiada yang berketul2.) Angkat. - 3
Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
- 4
Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
- 5
Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit. (disebabkan aku buat separuh adunan, aku bahagi kepada 4 bahagian adunan sama banyak & tuang dalam loyang 6 inci. Untuk kek ni aku tak kukus aku bakar selama lbh kurang 35 minit atau sehingga masak)
- 6
Sejukkan.
- 7
Bila kek dh siap, kita buat chocolate ganache pula. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih). Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
- 8
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
- 9
Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.
- 10
Bila chocolate ganache dah siap, kita buat coffee cream cheese pula. Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.
- 11
Bila semua bahan dah sedia, boleh la kita melapis kek. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk linkaran secara berselang seli.
- 12
Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya cream cheese keras.
- 13
Akhir sekali salut seluruh kek dengan baki coklat ganache.
- 14
Hias kek memgikut kesesuai anda.
- 15
Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake Chocolate Hazelnut Mascarpone Cake
Dah lama tak makan kek berkrim ni. Tiba² teringin jadi la kek ni. Dulu pernah dah buat tapi yang ni versi separuh adunan. Sebab lani barang kek dah mahal elok la kita buat kek separuh adunan. Jimat sikit duit tu... Lepastu untuk bahagian coklat ganache tu aku tambah kacang hazelnut. Resepi asal aku amek kat blog azlita aziz.. Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Moist Chocolate Cake Moist Chocolate Cake
Tiba² teringin kek cekelat, maka timboi la kek cekelat ni.... Kek ni nampak kering, tp sebenarnya moist.. Lagi satu kalau nk bakar kek ni elok guna 2 loyang sebab kalau guna satu loyang kek lambat masak & akan merekah kat atas tu.. Nak selamat sila guna 2 loyang... Resepi aku amek dr blog rahel. Selamat mencuba... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Mousse Cheesecake Chocolate Mousse Cheesecake
Kali ni resepi kek bertema chocolate & cheese. Sedap gabungan chocolate & cheese. Kalau ada peminat chocolate & cheese boleh cuba resepi ni. Resepi ni aku amik kat TikTok AINNA. Untuk kek ni aku buat separuh adunan resepi kat bawah tu. Nak jimat bahan... Hahahaaa... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Cake Chocolate Cake
Tiba² mulut ni terasa nak makan kek cekelat. Cari kat TikTok jumpa la resepi ni. Resepi dari TikTok AINNA. Kalau nk buat saiz 8 inci sila gandakan adunan. Aku buat versi jimat, versi separuh adunan... Hahaaa.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Lasagna Chocolate Lasagna
Awai² dulu pernah dh buat chocolate lasagna ni. Yang tu versi rumit sikit tp sedap sebab ada letak santan kotak. Untuk yang ni versi mudah & ringkas. Aku buat separuh adunan dr resepi asal. Kalau nak buat besar sila gandakan adunan tu... Resepi dari Mr. Ali Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Black Forest Cake Black Forest Cake
Kek black forest ni antara kek krim yang paling mudah nak buat. Krim pun guna fresh cream. Dalam dia guna ceri dalam tin. Untuk hiasan buleh guna buah ceri fresh atau guna ceri merah yang orang selalu buat hiasan atas kek tu. Kalau guna yang tu jimat sikit kos dari guna ceri yang fresh. Kalau ikutkan kat atas kek tu patut letak parutan coklat. Sebab tak ada coklat bar aku tabur coklat flakes je laa... Janji ada coklat laa... Hihiii... Resepi ni aku amek Dari blog Dari Dapur Maisya. Resepi kat bawah tu resepi separuh adunan. Boleh la buat rasa² utk 4-6 orang kalau org tu jenis tak makan kek byak... Selamat mencuba.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek coklat mousse Kek coklat mousse
Buat kek ni sempena birthday boy pada 20/3 yang lepas. Guna bahan-bahan lebihan buat kek birthday kakak sebelum ni. Coklat untuk hias atas kek tu pun coklat lebih anak2 makan.. coklat ganache pun guna coklat chip jer..hentam jela 😆. Tapi, seriously kek ni sedap. Azizah Mansor -
Kek Carrot Walnut Caramel Kek Carrot Walnut Caramel
Resepi kek krim yang last sebelom kita nk sambut bulan ramadan. Resepi dari @DapurKakMuni Ty untuk resepi ni... Yg ni aku ubah buat versi sebiji kek. Aku guna loyang 6 inci. So, kek nampak tinggi. Kalau nk rendah boleh guna loyang 8 inci. Cumanya kek ni dia terlalu gebu & mudah lerai sikit sbb ada guna ovellete. Kalau ada yg nk mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate Cheesecake Chocolate Cheesecake
Jom cuba #cheesecake sedap ni.Bahan-bahan pun ringkas je...Base cake ialah kek span coklat yang saya guna lebihan dari adunan kek tempahan customer...tak banyak pun...ada la dalam 1 inci je tinggi kek dasar ni...saiz 6"...#cheesecake ni tak menggunakan gelatin dan gula....sebab...fresh cream tu dah sedia manis dan sifatnya yang kental selepas diputar... #cookpadworldessert Mamamikael Oven -
Kek Teh Tarik Kek Teh Tarik
Kek yang penuh dengan aroma teh Lipton. Tapi kalau guna teh wangi rasanya lagi sedap baunya. Ikut pilihan masing-masing. Kek ni sedap. Lembut & gebu ja kek tu. Untuk sos teh tarik tu aku letak secubit garam nk bg naikkan lg rasa. Sos tu ada lebihan lps bt kek ni. Bila nk mkn kek ni boleh la jirus sos tu atas kek. Uhh.. Sdp xtau nk habaq. Untuk resepi ni aku amek kt fb fauzi Karim. Ni resepi separuh adunan. Kalau full resepi Loyang 9 inci. Mcm byk plk. Tu aku bt separuh adunan. Apa² pn selamat mencuba.... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Burnt cheesecake Burnt cheesecake
Aku tak pasti betul tak rasa camtu sebab tak penah makan tapi teringin sebab nampak macam sedap. Tapi aku lupa aku tak makan kek cheese. Lolz. N aku guna loyang 4 segi so tak nampak bakar Kat tepi tu. Atika Syuhada -
Lotus Biscoff Cheese Cake Lotus Biscoff Cheese Cake
Peminat biscoff boleh cuba... Resepi dr FB Rozmaliza Omar. Resepi ni separuh adunan kalau nk bt besar sila gandakan aduna Dan guna Loyang saiz 8 inci. Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Lebih Banyak Resipi
Komen