Rendang Daging Kerbau (Ekstra Pedas dan Lebih Berempah)

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Pertama kali masak seorang seorang Rendang Daging Kerbau ni, tanpa pengawasan Bonda tersayang. Panik kejap bila rendang jadi warna kuning. Akhirnya, jadi warna yang sepatutnya. Alhamdulillah, sedap rasanya.

2. Kerisik
5. Santan
6. Lengkuas
7. Cili
10. Serai

#CookpadApron2025
#CA2025
#Week2

Rendang Daging Kerbau (Ekstra Pedas dan Lebih Berempah)

100+ orang telah melihat resipi ini

Pertama kali masak seorang seorang Rendang Daging Kerbau ni, tanpa pengawasan Bonda tersayang. Panik kejap bila rendang jadi warna kuning. Akhirnya, jadi warna yang sepatutnya. Alhamdulillah, sedap rasanya.

2. Kerisik
5. Santan
6. Lengkuas
7. Cili
10. Serai

#CookpadApron2025
#CA2025
#Week2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6 jam
40 orang
  1. 4 kgdaging kerbau (potong tebal)
  2. 50 ulasbawang putih (buang kulit, potong separuh, kisar dengan sedikit air)
  3. 10 bijibawang besar (buang kulit, belah empat bahagian, kisar dengan sedikit air)
  4. 60 bijibawang merah (buang kulit, potong separuh, kisar dengan sedikit air)
  5. 2 ketulbesar halia (buang kulit, hiris dan kisar dengan sedikit air)
  6. 2 ketulbesar lengkuas
  7. 30 batangserai
  8. 8 bijisantan kelapa segar (dibekukan untuk tahan lama)
  9. 3 bekaskecil kerisik (dibekukan untuk tahan lama)
  10. 30 sudu besarcili kisar (cili kering kurang pedas dipotong, buang biji, rebus, toskan dan kisar dengan sedikit air
  11. 15 helaidaun kunyit (buang tangkai, siat daun jadi saiz kecil)
  12. 15 daunlimau purut (ambil daun sahaja)
  13. 5 kepingdaun salam
  14. 3 ketulkunyit hidup
  15. 5 sudu besargula apong
  16. 2 ketulbesar gula Melaka
  17. 5 sudu besargaram

Cara Memasak

6 jam
  1. 1

    Potong daging kerbau kepada saiz sederhana tebal. Dah basuh bersih, toskan, kemudian masukkan ke dalam kuali. Masak rendang, tak perlu masukkan air tambahan atau minyak masak.

  2. 2

    Saya suka rendam bawang sekejap sebelum buang kulit untuk elakkan mata rasa pedih.

    Kupas kulit bawang putih, potong jadi saiz sedikit kecil, basuh, kisar dengan sedikit air, seterusnya, masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  3. 3

    Kupas kulit bawang besar, belah empat, basuh, kisar dengan sedikit air dan seterusnya, masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  4. 4

    Seterusnya, kupas kulit bawang merah, belah dua, basuh, kisar dengan sedikit air dan seterusnya, masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  5. 5

    Buang kulit halia, potong kecil, basuh, kemudian kisar dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  6. 6

    Buang kulit lengkuas, basuh, ketuk lengkuas sehingga sedikit pecah dan masukkan ke dalam kuali. Kacau.
    Sekali sekala, kacau rendang untuk elak hangus di bahagian bawah. Kacau.

  7. 7

    Buang kulit kunyit hidup, potong kecil, kisar dengan sedikit air, dan masukkan ke dalam kuali. Kacau. Kisar cili boh yang telah direbus, masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  8. 8

    Basuh bersih serai, kelar beberapa bahagian, masukkan ke dalam kuali. Kacau.

  9. 9

    Masukkan santan dan kerisik. Kacau.

  10. 10

    Masukkan daun kunyit, daun limau purut, daun salam dan Kacau.

  11. 11

    Tambahkan gula apong dan gula Melaka. Kacau.
    Apabila kuah rendang dah kering seperti yang dimahukan, tambah garam dan kacau rata. Siap.

  12. 12

    Masa nak simpan rendang, saya keluarkan daun kunyit, daun limau purut, serai dan lengkuas.

  13. 13

    Selepas rendang dah sejuk, saya letakkan rendang dalam 7 bekas segi empat tepat serta simpan dalam peti sejuk beku. Senang untuk bawa balik kampung, apabila perjalanan jauh. Masa Raya, keluarkan dalam mangkuk dan panaskan dalam micowave. Senang sangat untuk dihidangkan kepada tetamu.

  14. 14

    Kami makan Rendang Daging Kerbau dengan nasi himpit dan juga nasi tomato. Lauk lain, ada sambal lodek, sambal kacang, sambal sotong, salad parsley dan ayam masak merah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen

Resipi Sepertinya