Kari Kambing

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

64/2025 (2051/2500)

Alhamdulillah..Kari kambing ni Uchu setkan dengan Prawn Pulao untuk menjamu keluarga dan kawan-kawan anak lelaki Uchu yang datang.

Alhamdulillah..cepat kerja Uchu sebab dah ada pes kari yang memang Uchu dah prep frozen. Rumah Uchu ni dah terbiasa menerima tetamu undangan ataupun tetamu mengejut. Jadi dah jadi kelaziman Uchu standby apa-apa yang difrozen bukan sahaja untuk tetamu, tapi untuk keluarga sendiri jugaklah.

Kari Kambing

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
10 orang
  1. 1.2 kgdaging kambing
  2. 400 gpes kari ayam/daging
  3. 1 kotak (200 ml)santan Kara
  4. 1/2 cawanbawang goreng
  5. Bahan tumis
  6. 2 bijibawang merah bombay (dihiris)
  7. 2 helaidaun pandan
  8. 3 tangkaidaun kari
  9. 5-6urat daun ketumbar

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Panaskan minyak masak. Tumis daun pandan, bawang merah, daun kari dan daun ketumbar sehingga wangi.

  2. 2

    Masukkan daging kambing. Masak sehingga daging kecut. Tambah air, masak sampai daging hampir empuk, lebih kurang 45 minit

  3. 3

    Tambahkan air dan santan. Masak sampai mendidih dan kuah sedikit pekat.

  4. 4

    Masukkan bawang goreng, masak lagi sampai daging empuk.

  5. 5

    Sedia dihidangkan bersama nasi atau pulut.

  6. 6

    Masukkan pes kari ayam/daging yang telah disediakan bersama air. (Resepi pes kari ayam/daging sila lihat link ini)

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya