Roti Jala

#CookpadApron2025
#CA2025
#Telur
#TepungGandum
2 3 hari lepas,anak teruna no4 mama minta buatkan roti jala.Mama cakap dengan dia mama malas.Sayu je tgk muka dia.Dalam masa yang sama mama teringat roti jala arwah nenek dia(mak mama).Roti jalanya sedap,lembut dan berlemak.Hari ini mama pagi pagi dah bangun buatkan roti jala untuknya dan yang lain.Makan sebelum pergi ke sekolah.
Roti Jala
#CookpadApron2025
#CA2025
#Telur
#TepungGandum
2 3 hari lepas,anak teruna no4 mama minta buatkan roti jala.Mama cakap dengan dia mama malas.Sayu je tgk muka dia.Dalam masa yang sama mama teringat roti jala arwah nenek dia(mak mama).Roti jalanya sedap,lembut dan berlemak.Hari ini mama pagi pagi dah bangun buatkan roti jala untuknya dan yang lain.Makan sebelum pergi ke sekolah.
Cara Memasak
- 1
Ambil 2 cawan tepung dan masukkan ke dalam pengisar.Mama malas nak adun🫢.
- 2
Masukkan sebiji telur kedalamnya
- 3
Masukkan 1 cawan santan dan 1 cawan air
- 4
Masukkan garam,minyak masak dan pewarna kuning.
- 5
Kisar sehingga kesemuanya sebati.
- 6
Setelah itu masukkan kedalam acuan roti jala.
- 7
Panaskan kuali.Apa apa jenis kuali pun boleh.
- 8
Setelah kuali panas,kecilkan api dan mula la menjala diatasnya.
- 9
Apabila kesemua tepung tadi sudah kering atau ditepinya terangkat sedikit,itu menandakan sudah masak dan bolehlah diangkat.
- 10
Cara menggulung roti jala.Mula mula lipatkan ke dua dia bahagian seperti di bawah.
- 11
Kemudian lipat sedikit dibawah lipatan yang di atas itu.
- 12
Kemudian gulungkan sehingga ke atas.Ianya akan menjadi seperti ini.
- 13
Buat step yang sama sehingga habis.
- 14
Setelah itu boleh lah dihidangkan.Selamat mencuba.ikhlas dari saya yatie fy.
- 15
Roti jala ini sedap di makan dengan kuah kari,Serawa Durian,dan banyak lagi.ikut pada selera masing masing.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Roti Jala Roti Jala
#TeamRotiJala #1472recipe #Pejuang2KResepiBuat hidangan ni atas permintaan bapa saudara Aznie. Tahun lepas kebetulan dia datang Aznie buat ni. Raya pertama hari tu beraya kat rumah mak saudara Aznie kat Bidor, tu bapa saudara Aznie cakap nanti dia nak datang beraya buatkan Roti Jala. Dia cakap sedap raya tahun lepas dia makan. Aznie pun lupa dah masak apa masa diorang datang. Bila dia bagitau baru teringat. Alhamdulillah seronok tengok semua makan. Aznie Khasri -
Roti Jala Roti Jala
Dah masuk musim durian kan.Hujung minggu lepas suami balik kampung tengok kebun dia dah ada buah yang luruh. Dia minta buatkan serawa. Bila dah buat serawa, buatlah roti jala sikit.Inspirasi resepi cookpadies @fmozafna yang buat roti jala berwarna warni.Tapi roti jala saya 1 warna saja atas permintaan anak-anak, depa pilih olive green. Depa jugak yang menjala. Ummi duk pantau dari tepi ja.. Norashikin Rahmat -
Roti Jala 6 bahan Roti Jala 6 bahan
#TakLebih6Bahan #ResepiMudahAnak Uchu minta buatkan sebab dia kata kawan sekelas sebelah meja dia selalu bawak bekal ni, seminggu sekali mesti ada..biasanya Uchu kalau nak makan roti jala, paksa aje mak long diorang buatkan..🤣 Sesimple Loralin -
Roti Kirai @ Roti Jala Roti Kirai @ Roti Jala
#bazaarramadanRoti jala antara kuih kegemaran kami sekeluarga. Bila suami pergi bazaar Ramadan, kuih ni antara kuih yang dibeli. Bila makan roti jala ni, teringat pula dekat arwah mak mertua. Ni antara kuih yang jiran-jiran selalu tempah bila ada rumah terbuka. Bukan sekilo, kadang-kadang sampai 4 kilo, arwah buat sorang ja. Ni resipi dari arwah. In Shaa Allah, dah lama terbiar di udara pun masih lembut lagi. LATIPAH NAWAWI -
Roti Jala Kuah Durian Roti Jala Kuah Durian
#bazaarramadhan#minggu6#goldenapron2020#minggu5Anak-anak mintak roti jala kuah durian. So Mama buatkan. Purple roti jala kali ni. Rose Nani Nizah Nayan -
Roti jala Roti jala
Request dari si anak kecil .Katanya nak makan selepas terawih.Pukul 5 petang dh start menjala.Walaupun dh dimasak awal , roti jala ni masih lembut dan tidak keras selepas beberapa jam.Suka tak roti jala? Ziana suka cicah roti jala bersama kuah kari daging atau kuah manis.Memang boleh makan berketul ketul.Selera anak kecil dengan ziana sama jer. Apa yg Ziana suka makan itu lah juga yang dia suka.#TeamMoreh Ziana Chesaad -
Roti Jala Pandan Roti Jala Pandan
Inspirasi dari resipi @cook_dillDillDilla. Roti jala dolu2 warna ori dari daun pandan. Dulu2 pewarna dan pelbagai corak roti jala belum ada lagi.Roti jala kegemaran arwah mak abah kami. 💚 Nur Nadiah -
Roti Jala Rose Roti Jala Rose
Roti Jala Rose.. terjebsk juga dengan roti jala viral ni.. hihihi.. resepi aznie guna resepi roti jala yang biasa aznie guna.. suka sangat dengan resepi ni...pertama kali buat ya ampun terasa macam susah nak buat.. lepas buat beberapa kali baru tau xsusah sebenarnya buat ni.. sekali masak aznie buat tiga line terus...jadi sekali masak bole buat tiga rose sekali..masak pun tak ambil masa yang lama nak siap..anak2 heran juga mulanya lepas makan siap cakap rasa mac roti jala biasa je..🤦🏻♀️.. memang la yang biasa je pun.. rupa je yang lain.. kalau hubby pulak memang tak perasan bininya buat roti jala rose sebab masa bagi dah siap bubuh kuah kari.. warna pun bagi rose warna kuning je.. cuma heran kenapa roti jala comel-comel je( kecik )🤭🤭 tapi sedap tau... cuba la😅 Aznie Khasri -
Roti Jala Moist #phopbylinimohd Roti Jala Moist #phopbylinimohd
Roti jala merupakan antara menu “wajib ada” dalam setiap rumah terbuka atau acara makan-makan. Istmewanya resepi roti jala yang ingin saya kongsikan ini ialah teksturnya yang kekal lembut dan tahan lama, dari pagi hingga ke petang. Ianya enak dimakan bersama kuah kari ayam atau daging, sambal tumis mahupun serawa durian. Mari saya kongsikan. aisha ridwan
Lebih Banyak Resipi
Komen