👩‍🍳Bihun Goreng (CS)

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

25K Cooksnap Marathon📸
Minggu Pertama: 1-6 Julai

Sarapan pagi ini Cooksnap (CS) resipi Cookpader Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy Terima kasih.🌹

Beberapa bahan ditambah dan cara menggoreng juga diubahsuai. Bahan perencah tambahan yg digunakan ialah udang kering untuk menambah rasa sedap bihun. Sayur tambahan pula ialah kobis untuk memberi rasa manis kepada bihun dan sawi untuk beri warna hijau yang menarik untuk hidangan🤭

#25KCooksnapMarathon
#JulyChallenge

2510/3K
133/2025

👩‍🍳Bihun Goreng (CS)

8 orang bercadang membuatnya

25K Cooksnap Marathon📸
Minggu Pertama: 1-6 Julai

Sarapan pagi ini Cooksnap (CS) resipi Cookpader Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy Terima kasih.🌹

Beberapa bahan ditambah dan cara menggoreng juga diubahsuai. Bahan perencah tambahan yg digunakan ialah udang kering untuk menambah rasa sedap bihun. Sayur tambahan pula ialah kobis untuk memberi rasa manis kepada bihun dan sawi untuk beri warna hijau yang menarik untuk hidangan🤭

#25KCooksnapMarathon
#JulyChallenge

2510/3K
133/2025

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 1/2 paketbihun -jasmine- rendam 10-15 minit
  2. 1/2 cawanisi ayam
  3. 1 bijitelur
  4. 1 sbudang kering- rendam sekejap
  5. 1 bijitomato
  6. 1 kiubayam
  7. 1/2 cawanhirisan kubis
  8. 3 tangkaisawi
  9. 1/4 cawanminyak masak
  10. 1/2 sb gula
  11. 1 stgaram
  12. 1 stcukup rasa
  13. Minyak masak secukupnya untuk menumis
  14. Air ikut keperluan
  15. Bahan sos:
  16. 2 sudu besarkicap lemak manis
  17. 1 sbsos seafood
  18. 1 sbkicap cair
  19. Bahan kisar:
  20. 1 sbcili pes
  21. 1 1/2 sbbawang besar
  22. 1 stbawang putih
  23. Bahan hiasan:
  24. 1 bijiTelur rebus
  25. 1 sbBawang goreng
  26. 1 bijiLimau kasturi

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Panaskan minyak.Apabila minyak sudah panas,masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi dan terbit minyak.

    Masukkan udang kering. Terus tumis. Masukkan isi ayam dan stok ayam. Gaul rata sehingga ayam masak. Masukkan tomato dan kobis. Gaul rata. Biar sekejap kobis sedikit layu. Masukkan bahan sos. Masukkan gula, garam dan sedikit air jika perlu. Gaul rata.

  3. 3

    Masukkan bihun. Gaul rata.Jika bihun kurang lembut boleh tambah sedikit air sambil gaul rata. Masukkan sawi. Gaul sebati.

  4. 4

    Tolak bihun kehujung kuali, pecahkan telur. Tunggu sekejap. Kemudian, gaul telur dengan bihun rata- rata.
    Terus gaul rata semua bahan sehingga bihun berasap dan sebati. Tutup api

  5. 5

    Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng dan limau kasturi.

    Sedia untuk dinikmati

  6. 6

    5K Week 1✅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya