Olivier Salad (Russian Salad)

#170/1027/2026
#1027/2000
#CookpadApron2026
Masak Western Sendiri Lah
:
Alhamdulillah,dimakan sejuk,sedap hidangan salad ni,semua suka walaupun tak cukup 1 bahan (potongan Epal Merah).Resipi inspirasi Mr Google.Sukatan bahan k.ha olah ikut citarasa sendiri.Cream salad tak ada dalam stok k.ha gantikan dengan cooking cream sahaja untuk rasa lebih berkrim
Olivier Salad @ Russian Salad dicipta pada tahun 1980 - an di Moscow.Ia dicipta oleh seorang Chef berbangsa Belgium bernama Lucien Olivier.Hidangan saladnya terdiri dari bahan-bahan mewah seperti daging buruan ( burung,daging Ayam Belanda,Udang Karang,Lidah Lembu dan Kaviar).Ia dihidangkan untuk hidangan golongan elit.
Selepas kematiannya pada tahun 1917,resipi asalnya telah diubahsuai oleh pembantunya yang berbangsa Rusia.Bahan-bahan mewah telah digantikan dengan sayur-sayuran dan bahan daging yang lebih murah dan lebih mudah didapati.
Hari ini Olivier / Russian Salad dirujuk kepada salad sayur-sayuran yang dipotong dadu,dicampur dengan mayonis dan bahan lain seperti potongan ayam rebus dan disejukkan dahulu sebelum dimakan.
Di Sepanyol dikenali sebagai Ensaladilla Rusa dan sering dicampur dengan isi ikan tuna dalam tin.
Di Malaysia dan banyak negara lain, ia sering dihidangkan sebagai hidangan pembuka selera,inti sandwich dan juga hidangan sampingan - sumber Google.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
Goreng kacang badam tanpa minyak hingga kekuningan / rangup.Tutup api.Ketepikan.
- 3
Rebus ubi kentang,kacang peas dan lobak merah berasingan dalam 3 hingga 5 minit @ sehingga empuk.Angkat dan toskan.
- 4
Rebus dada ayam hingga isinya berubah warna / masak.Angkat dan toskan.
- 5
Campur semua (kiub nenas,ubi kentang,kacang peas dan lobak merah) ke dalam mangkuk.Ketepikan.
- 6
Dalam mangkuk kecil berasingan campurkan mayonis bersama cooking cream,serbuk lada hitam,garam himalaya dan gula putih.Kacau hingga bercampur-rata.
- 7
Masukkan ke dalam mangkuk berisi sayuran dan ubi kentang tadi.Gaul hingga bercampur-rata.
- 8
Masukkan kacang badam dan kismis kuning (tinggal sedikit untuk hiasan / taburan).Gaul rata.Sejukkan dalam peti sejuk dalam 2 - 3 jam.
- 9
Keluarkan dari peti sejuk.Taburkan baki kacang badam dan kismis di atas salad sebelum dihidangkan.Siap untuk dinikmati.
Tip
Untuk rasa sedikit masam boleh ditambah sedikit perahan air lemon jika suka.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen