Nasi Kebuli Pahang

Menu Nasi Kebuli ni saya nampak di Muzium Pahang. Ada pihak muzium sharekan 21 resipi tradisional di satu ruang dalam muzium. Resipi ini dijadikan koleksi Sultanah Pahang dan dikongsikan dengan orang awam. Saya tak pernah tahu Nasi Kebuli ni apa. Cuma seingat saya, saya pernah ternampak menu ini dalam buku resipi mama bertulis tangan yang besar di Ampang.
Balik rumah saya cari video Nasi Kebuli ni apa. Bila tengok aje beberapa orang masak di Tiktok dan Youtube, saya rasa resipi ni mudah dimasak. Cuma yang susah skit nak dapat ialah daun tutur tu. Mana pulak nak cari kat Nilai ni kan...
Asal nama Nasi Kebuli ni ialah Nasi Ke Bawah Duli. Nasi ini dipersembahkan kepada Sultan Pahang pada sekitar tahun 1940-an. Khabarnya, sewaktu Baginda menziarahi kampung-kampung di Kuala Lipis, penduduk kampung menyediakan nasi ini kepada Baginda untuk bersantap. Baginda suka. Maka, nasi ini menjadi satu tradisi setiap kali Baginda ke sana. Dan ini, saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya untuk yang ingin mencuba. Menu ini jika masak seekor ayam, ambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
#MisiRasaMalaysia

Cara Memasak
- 1
Tumbuk 2 inci kunyit hidup. Setelah sedikit lumat, masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam. Masukkan sedikit garam dan lumurkan garam kunyit ini pada ayam. Masukkan 2 cawan air ke dalam bekas ayam. Gaul mesra dan perap ayam dalam 1/2 jam.
- 2
Sambil menunggu ayam diperap, mayang halus serai. Serai yang dimayang dimasukkan dalam air garam. Ini bagi memastikan rasa serai naik dan warnanya preserved.
- 3
Tumbuk kasar kunyit hidup, halia dan lengkuas. Hiris bawang besar dan bawang merah.
- 4
Sediakan kuali besar. Masukkan 2 liter air ke dalam kuali. Panaskan air guna api sederhana. Bila nampak air dah mula panas, masukkan kunyit hidup, halia, lengkuas dan bawang. Kacau sebentar dan biarkan ia masak seketika.
- 5
Masukkan pula serai, biji ketumbar dan lada hitam. Kacau hingga mesra.
- 6
Setelah kuah mendidih, masukkan ayam yang diperap tadi satu persatu. Masak sehingga ayam empuk.
- 7
Setelah ayam empuk, angkat dan toskan. Air rebusan tadi letak dalam mangkuk lain. Bersihkan kuali untuk menggoreng ayam pula.
- 8
Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng kedua belah bahagian. Goreng jangan terlalu lama. Cukup sekadar nampak ia keperangan. Ini kerana ayam tersebut telahlah pun masak dan jika goreng lama, takut ayam jadi keras. Setelah ayam masak, angkat dan toskan. Goreng baki ayam lagi.
- 9
Setelah ayam masak, tutup api. Kita masak nasi pula. Dek kerana saya tak berapa mahir masak nasi atas dapur dan prefer guna periuk nasi, maka saya akan goreng bahan dalam periuk nasi terus. Masukkan 1/4 cawan minyak menggoreng ayam tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan pula beras yang telah dibasuh bersih. Masak sebentar beras tadi dengan minyak lebih kurang dalam 2-3 minit atau hingga beras nampak retak.
- 10
Masukkan air rebus ayam tadi ke dalam periuk berisi beras. Masukkan air sehingga ia menutupi beras yang hendak dimasak. Masukkan juga sedikit garam agar nasik itu berasa bila makan. Kacau sekejap dan tutup penutup periuk nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa.
- 11
Setelah nasi masak, bolehlah angkat penutup nasi dan gaul sedikit. Setelah sedikit sejuk, pindahkan nasi ke dalam bekas besar. Setelah siap nasi dipindahkan, letakkan ayam goreng tadi di atas nasi. Taburkan dengan sedikit bawang goreng dan siap untuk dinikmati. Nasi kebuli ini memang dimakan begitu sahaja dengan ayam gorengnya. Jika ingin berasa pedas, boleh nikmati dengan lauk lain seperti sambal hitam atau acar buah.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen