Kalio Pakis Udang, menu dari seberang mudah dimasak

Saya nak kongsikan satu resipi mudah dan sedap dari negara jiran Indonesia, kalio pakis udang. Entah macam mana, keluar FYP VTT masakan lauk ni. Saya tengok dan dapati bahan-bahannya mudah dapat. So, saya request suami cari barang masakannya di Pasar Minggu Bandar Lama Salak Tinggi.
Untuk anda yang suka udang dan suka pucuk paku, boleh cuba resipi menu kalio pakis udang ni. InsyaAllah sedap dan bau wangi rumah kerana rempah biji ketumbar yang ada.

Cara Memasak
- 1
Masukkan bawang besar, bawang putih, buah keras, halia, kunyit, biji ketumbar dan cili padi ke dalam blender. Masukkan sedikit air dan kisar bahan-bahan ini hingga lumat. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan rempah 3 sekawan dan serai. Kacau sebentar dan masukkan bahan kisar tadi. Kacau dan masak sebentar. Kemudian, masukkan cili boh. Kacau lagi dan biarkan ia masak mendidih.
- 2
Setelah mendidih, masukkan daun kunyit, daun limau purut dan santan. Kacau sekejap dan masukkan air. Kacau selalu sehingga kuah mendidih. Masukkan pula asam keping. Kacau lagi. Kali ini lebih kerap mengacau kuah ya.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen