Kambing Bakar BBQ #KCHUP

Yusuf Ibnu Shafii
Yusuf Ibnu Shafii @Oranges17
Sentul, Kuala Lumpur

Sesuai untuk Grill dan Bakar.

(Tips)
- Pastikan daging tidak beku ketika di masukkan ke dalam bahan perapan.
- Perap minimum 2 hari untuk rasa yang lebih menyerlah.
- Untuk daging yang lebih lembut, cucuk dengan garfu keseluruhan daging dan tumbuk permukaan daging dengan lesung batu secara perlahan2.
- Simpan daging perap di dalam peti ais di bawah 12°c
-Boleh gunakan daging kambing, lembu atau ayam.

Selamat mencuba 😊

Kambing Bakar BBQ #KCHUP

Sesuai untuk Grill dan Bakar.

(Tips)
- Pastikan daging tidak beku ketika di masukkan ke dalam bahan perapan.
- Perap minimum 2 hari untuk rasa yang lebih menyerlah.
- Untuk daging yang lebih lembut, cucuk dengan garfu keseluruhan daging dan tumbuk permukaan daging dengan lesung batu secara perlahan2.
- Simpan daging perap di dalam peti ais di bawah 12°c
-Boleh gunakan daging kambing, lembu atau ayam.

Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

500g Kambing
  1. 500 gDaging Kambing
  2. (Bahan-bahan di kisar)
  3. 3 UlasBawang Putih
  4. 2Biji Bawang Merah
  5. 1Biji Bawang Besar
  6. 1 BatangSerai
  7. 5Biji Cili Padi (Tambah Jika Nak Lebih Rasa Pedas)
  8. 1Sudu Besar Mix Herbs (Marjoram, Basil, Oregano & Thyme)
  9. 1/2 CawanAir 'Ice Cream Soda'
  10. (Bahan Utama Perapan)
  11. 1Kiub Chicken Stock Meggi
  12. 1Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  13. 1Sudu Besar Lada Sulah
  14. 5Sudu Besar Sos Cili
  15. 5Sudu Besar Sos BBQ
  16. 2Sudu Besar Gula Melaka
  17. 2Sudu Besar Minyak Zaitun
  18. 1Sudu Besar Garam

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar semua bahan-bahan yang perlu dikisar.

  2. 2

    Potong daging kambing mengikut saiz yang dikehendaki untuk hidangan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.

  3. 3

    Cucuk daging kambing dengan garfu supaya daging lembut dan lebih menyerap bahan peraman.

  4. 4

    Gaulkan semua bahan perapan dan bahan yang dikisar. Masukkan daging kambing yg telah dicucuk kedalam bahan yang telah digaul.

  5. 5

    Pastikan daging kambing sebati dengan bahan perapan. Simpan dalam bekas tertutup dan perap ditempat sejuk (peti sejuk) selama sejam sebelum bakar atau grill.

  6. 6

    Cara Bakar/Grill: Panaskan tempat pemanggang. Sapukan mentega pada tempat pemanggang sebelum grill/bakar daging. Balikkan daging dari masa ke masa supaya tidak hangit. Sapukan butter pada permukaan daging yang dibalikkan..Masak Medium rare (total masa 6 minit) untuk rasa daging yang lembut.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Yusuf Ibnu Shafii
Yusuf Ibnu Shafii @Oranges17
pada
Sentul, Kuala Lumpur
Minat memasak sejak darjah 1
Baca lagi

Komen

Yusuf Ibnu Shafii
Yusuf Ibnu Shafii @Oranges17
Sila Lihat Tips pada ruangan atas 😊

Resipi Sepertinya