Koleh Kacang Hijau#MAHN

Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
Taiping,Perak

Kuih yang cukup enak rasanya.Gabungan rasa dari tepung kacang hijau,santan dan air gula cukup buat rasanya lemak-lemak manis.Ditaburi pula dengan tahi minyak yang dimasak dari santan pekat membuat baunya harum dan memikat selera bila dimakan.

Koleh Kacang Hijau#MAHN

Kuih yang cukup enak rasanya.Gabungan rasa dari tepung kacang hijau,santan dan air gula cukup buat rasanya lemak-lemak manis.Ditaburi pula dengan tahi minyak yang dimasak dari santan pekat membuat baunya harum dan memikat selera bila dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
8-10 orang maka
  1. 👉Bahan "A" utk buat tahi minyak
  2. 300 mlsantan pekat
  3. 1/8 tspgaram
  4. 👉Bahan "B"utk buat air gula
  5. 300 gmgula merah
  6. 100 gmgula pasir
  7. 2 helaidaun pandan
  8. 300 mlair
  9. 👉Bahan "C" utk adunan koleh
  10. 400 mlsantan pekat
  11. 1500 mlair
  12. 300 gmtepung kacang hijau
  13. 1 tspgaram
  14. 3sudu besar minyak kelapa
  15. 👉Loyang/bekas dan sedikit daun pisang

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    👉Buat dahulu bahan "A".Santan pekat campur garam,masuk dlm kuali.Kacau dgn api sederhana hingga terbit minyak.Hingga santan menjadi keperang-perangan dan berbiji-biji.Ia dipanggil "tahi minyak"#Jangan kacau terlalu lama nanti hangit tak sedap.Memadai bertukar menjadi coklat keperangan cukup.

  2. 2

    👉Tapiskan "tahi minyak"Asingkan serdak tahi dan minyak kelapa td.

  3. 3

    Sediakan bahan "B" dan "C"

  4. 4

    👉Buat bahan"B" pula.Campurkan semua bahan B dalam periuk.Masak hingga mendidih.Kemudian tapiskan.

  5. 5

    👉Last kita buat bahan "C".Sangaikan sekejap tepung kacang hijau.Campurkan tepung kacang hijau dgn air.Kacau rata.Masukkan dalam kuali besar.

  6. 6

    Dalam kuali yang sama,campurkan air gula,santan pekat dan garam.

  7. 7

    Masukkan juga minyak kelapa td.Kacau rata semuanya.

  8. 8

    Masak semua dengan api sederhana.Kacau tanpa henti sampai pekat,berkilat dan berlipat lipat.#Jangan tinggal kerana nanti koleh kacang anda akan bergentel gentel dan tidak lawa bila dipotong.Kacau selama 25minit-30minit.Jangan terlalu lama sangat.Nanti keras xsedap.

  9. 9

    Tutup api. Lapik daun pisang dahulu supaya lebih wangi koleh kacang kita.Cepat-cepat tuang dalam bekas /loyang kesukaan.Rata-ratakan,dan tabur"tahi minyak" tadi semasa adunan panas lagi.#Tujuannya tahi minyak akan melekat elok pada koleh td.

  10. 10

    Sejukkan.Dan boleh dihidangkan.Selamat mencuba😍😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
pada
Taiping,Perak
🌹Cooking is my passion.😉🌹Mama gojes ank 3😂🌹Kerja urus rumah 24jam kalah" pm".😁🌹Ari2 bizi msk... mkn tulaa kerja ceq kt dapoq😆🌹Ceq sorang yg hepi go lucky😃🌹Ampa yg suka tgok ceq msk...jgn lupe follow ceq tau.kih.kih.kih.bye😘😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya