Bagel

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Nampak seperti donut tapi rasanya liat dan padat.Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan seperti roti.Dipotong bahagian tengah,disapu jem buah bersama krim keju atau boleh juga diletak salad,kepingan salmon yang disalai dan sos yang anda gemari.
Disini,saya cuba berkongsi cara yang paling mudah dan senang.Cara membuatnya adalah sama seperti membuat Donut.Yang berbeza adalah cara untuk membakar.
Dari segi penyediaan kalau dibaca nampak agak rumit tapi sebenarnya kalau difahami akan menjadi senang.Penggunaan Baking paper yang saya potong kepada 9 bahagian itu untuk memudahkan kita untuk mengangkat Bagel masuk ke dalam pan tanpa menyentuh doh.Bila doh sudah mengembang,kalau tersentuh pasti bentuknya rosak.
Bagel yang sudah dimasak boleh disimpan didalam bekas yang bertutup.Untuk tahan lama, boleh disimpan didalam peti sejuk.Cara untuk memanaskan adalah seperti potong bahagian tengah Bagel kepada 2.(seperti memotong roti bun untuk burger).Dipanaskan didalam microwave dengan cara bain-marie iaitu meletakkan sebiji cawan yang berisi air(1/2 cawan).Cara ini membuatkan Bagel lembut dan lembab.Kemudian dibakar didalam toaster.

Untuk pertanyaan sekiranya anda tidak faham,sangat saya alu-alukan.
Selamat Mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

9 biji
  1. 500 gramtepung roti
  2. 1sudu kecil garam halus
  3. 4sudu gula halus
  4. 2sudu besar unsalted butter(suhu bilik)
  5. 1sudu kecil yis kering
  6. 240 mlair suam(lebih kurang)
  7. 1biji telur (dipukul sekadar sebati kuning dan putih)
  8. 1biji kuning telur (untuk mengoles)
  9. Poppy dan sesame seed (pilihan)
  10. Baking paper(dipotong kepada 9 bahagian untuk dilapik setiap biji bagel dan 1 keping untuk dilapik atas dulang)

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan 240ml air,telur,gula dan yis dalam satu bekas.Gaul dan biarkan yis kembang lebih kurang 10minit.

  2. 2

    Dalam satu mangkuk yang besar,campurkan tepung,garam dan butter.

  3. 3

    Bila yis dah mengembang,campurkan bancuhan ini ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi.Aduk menggunakan senduk kayu hingga sebati dan kemudian angkat adunan diatas permukaan yang rata dan ditabur sedikit tepung.Uli adunan sehingga menjadi doh yang yang licin dan elastic.

  4. 4

    Bila doh dah licin dan elastik,simpan doh didalam mangkuk yang besar dan tutup menggunakan kain atau plastic wrapping food.Biarkan selama 1 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda.

  5. 5

    Bila doh sudah mengembang,tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan angin.Kemudian bahagikan kepada 9 biji.Uli setiap biji menjadi bebola.Lubangkan tengahnya menggunakan jari.Bila sudah terbentuk seperti Donut,lapik diatas Baking paper.Biarkan doh rehat selama 10minit.

  6. 6

    Sementara menunggu 10 minit untuk doh berehat,Didihkan air didalam pan.Rebus Bagel lebih kurang 2 minit setiap bahagian atas dan bawah.Disini bagel akan mengembang lagi apabila direbus.Angkat dan susun Bagel di atas dulang yang dilapik Baking paper.Sejukkan.

  7. 7

    Panaskan oven suhu masing-masing.Saya menggunakan suhu 180’c.Semasa panas kan oven,letakkan bersama air yang di isi didalam mangkuk tahan panas di bawah sekali.Kita guna teknik “bain-marie” atau dikenali teknik water bath.

  8. 8

    Oleskan kuning telur ke atas permukaan Bagel dan taburkan poppy atau sesame seeds.Jikalau tidak suka,biarkan sahaja menjadi kosong.(plain)

  9. 9

    Bila oven sudah panas,buka pintu oven perlahan-lahan.(wap akan keluar ketika oven dibuka).Masukkan dulang berisi Bagel.Sekiranya air didalam oven berkurangan,tambah dengan air panas.Bakar selama 15-20minit atau sehingga keperangan.

  10. 10

    Setelah 15-20minit berlalu,buka pintu oven,cuba ketuk permukaan Bagel menggunakan senduk.Kalau ada bunyi seperti “hollow” bermakna sudah masak.

  11. 11

    Angkat dan sejukkan diatas redai.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya