Roast Potato Bites

Boleh dimakan macam tu je atau lawan dengan roast beef atau roast chicken. Budak-budak pun suka ni. Berguna time-time lapar tapi tak kuasa nak ketuk periuk bagai atau nak habiskan kentang lebih-lebih tu sebelum dia tumbuh pokok.
Roast Potato Bites
Boleh dimakan macam tu je atau lawan dengan roast beef atau roast chicken. Budak-budak pun suka ni. Berguna time-time lapar tapi tak kuasa nak ketuk periuk bagai atau nak habiskan kentang lebih-lebih tu sebelum dia tumbuh pokok.
Cara Memasak
- 1
Panaskan oven dulu dengan kepanasan sederhana. Cuci kentang bersih-bersih sambil selawat. Sental kulit dia dengan berus sampai kerak-kerak tanah semua hilang. Kalau nak buang kulit pun takpe, tapi lagi sedap kalau makan dengan kulit sebab kulit tu nanti jadi crispy bila dah masak. Yumm!
- 2
Potong kecik-kecik macam ni:
- 3
Letak kentang yang dah potong tu dalam baking tray, lepas tu renjis-renjis dengan minyak zaitun sikit. Lepas dah renjis tu ramas kentang tu supaya minyak zaitun tadi salut setiap potongan kentang dengan rata.
- 4
Tabur garam & lada hitam secukup rasa. Biar terkurang jangan terlebih, especially garam tu. Lepas tu kalau ada Italian herbs (serbuk rosemary, thyme, basil & oregano yang jual dalam botol kecik tu, dalam peket kecik pun ada) tabur last sekali. Kalau takde Italian herbs pun takpe, boleh je guna garam & lada hitam je. Tapi rasa dia lagi Umph! kalau guna sekali Italian herbs. Ramas-ramas kentang supaya garam, lada hitam & Italian herbs sekata menyaluti setiap potongan kentang.
- 5
Masukkan kentang dalam oven. Dah, gi buat apa-apa yang patut sementara nak tunggu dia masak. Tapi sementara tu jeling-jeling la sikit oven tu mana tau leka karang hangus lak jadinya.
- 6
Bila kentang dah tukar warna jadi ala-ala kuning keemasan & bahagian atas dia tukar warna jadi coklat kegaringan, keluarkan daripada oven.
- 7
Siap! Pindah dalam mangkuk terus Ngap! Kalau tak nak pindah dalam mangkuk nak makan terus daripada baking tray pun boleh. Tapi make sure mak mertua takde kat dapur. Habis kena panahan tenungan berbisa dia karang.
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Mix Herbs Roasted Potato🥔 👩🍳Mix Herbs Roasted Potato🥔
Enak dimakan sebagai kudapan atau pun minum teh petang. Cara sihat makan kentang, alternatif kepada kentang goreng yang menggunakan minyak.Menyahut cabaran Golden Apron 23Week 2 (17 hingga 23 Julai):1. Honeydew2. KENTANG🥔3. Umbut4. Bayam Merah5. Sotong Kembang#Kentang#GoldenApron23#Week2#Pejuang2KResipi1486/2K Mahadiah -
Potato Bites Potato Bites
#484/59/2022:Kegemaran budak-budak,sekejap je licin.:Sumber:Pinterest. ha.lim39 -
Creamy Mashed Potato Creamy Mashed Potato
#phototips #topik13 bahan je?? Iye.. bukan susah pun.Ini cara cikgu hasilkan kentang putar yang berkrim dan tidak kering.Nak makan macam tu je pun sedap, nak makan bersama chicken chop boleh.. nak buat shepherd pie pun boleh.*sukatan ni cikgu anggaran je ya. Ye lah.. kadang2 saiz kentang tu tak sama, ada yang kecil.. ada yang besar. Hafiza Muaddah -
Seafood Aglio Olio Budak-budak Datang Beraya Seafood Aglio Olio Budak-budak Datang Beraya
Menu yang paling mudah nak buat, terutamanya untuk budak-budak. Confirm licin.Bahan mudah, masak pun mudah. Kena pakai kuali besar hehehehe. Anak-anak kalau jemput kawan-kawan memang minta menu ni je. Kalau nak bagus, masukkan sayur sekali hehehe.Pasta (1 point)Sotong (3 point)Udang (2 point)#GlobalApron2024 #challenge7 #openhouse Nihadriz Niha -
Potato Wedges Microwave Potato Wedges Microwave
Microwave #DemiMasaMicrowaveMicrowave di rumah saya memang dah lama ada tetapi tak digunakan. Semenjak anak-anak saya masih di sekolah rendah lagi memang dah ada. Punca kenapa tak digunakan kerana setiap kali saya hendak menggunakan nya mesti seluruh rumah saya terpadam letrik nya. Ohh.. rupa nya kotak suis utama di rumah kami ni tak cukup “kuasa” untuk menampung kesemua peralatan letrik untuk kegunaan seharian. Maka, terkubur lah dia kat hujung meja di rumah kami. Bagi pada adik tetapi hingga sekarang adik asyik terlupa nak datang ambik. Bila kotak suis utama tu sudah ditukar, saya pula terus lupa akan si microwave tu 😂.@cook_34615991 jom dik join tema minggu tok Dapur Yusfarisyia -
Potato Bites Potato Bites
Mengidam Apa Tu~~~#ChooseToCook #SeleraHariIniSeperti yang saya katakan, saya masih lagi tak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masih kurang sihat. Rindu nya saya untuk memasak atau “membaking” hanya Allah jer yang tahu. Duduk dan baring membuat saya rasa bosan. Saya akan memasak resipi-resipi yang mudah sahaja. Takde lah saya rasa bosan sangat kerana ada aktiviti di dapur. 😅 Terubat lah juga rindu saya pada memasak.Jadi hari ni saya pilih resipi kak @pandan kerana resipi ni di antara resipi yang saya simpan untuk dicuba. Sedap dimakan ketika masih panas, rangup di luar lembut di dalam, tak perasan sekejap jer licin.@Uchu jom cuba untuk anak-anak Uchu 💗 Dapur Yusfarisyia -
Air-Fried Cheesy Stuffed Potato Air-Fried Cheesy Stuffed Potato
Nak makan makanan bergoreng tapi risau banyak minyak?Jom kita pakai air fryer.Saya campurkan keledek Cilembu dan kentang. Bukan apa, kentang tu dah lama dalam peti ais, takut tumbuh pokok pulak 😂Kalau tak nak makan nasi, inilah caranya menarik anak-anak supaya makan karbohidrat dan memastikan mereka makan seimbang. Makpak pun boleh tumpang 2 kaki hehehehe.#PKP Nihadriz Niha -
Homemade Croutons Homemade Croutons
#leftover food#goldenapron#saturesepisatupohonKalau sebelum ni Cikna share resepi homemade breadcrumb, kalini Cikna nak share resepi homemade croutons pulak. Ni pun Cikna buat dari lebihan roti jugak.Selain dimakan bersama soup atau salad, croutons ni boleh jadi snack utk anak-anak jugak tau. Letak sikit flavour macam serbuk bbq ke, parmesan cheese ke, serbuk cheese ke tak pun letak ja serbuk bawang putih atau bawang putih cincang pastu bakar sampai rangup..ibu ayah pun tumpang sekaki makan..heheTak payah susah-susah nak beli jajan merepek dah nak bg anak makan kan..😍 Erna Hezreen Hamzah -
👩🍳Potato Pancakes ~Zemiakové Placky🇸🇰 👩🍳Potato Pancakes ~Zemiakové Placky🇸🇰
🌏Negara Huruf ‘S’ Ke-2/27- Slovakia 🇸🇰 Resipi Ke-2/27🥔Potato Pancake dalam Bahasa Slovak ialah “zemiakové placky” .Fried potato pancakes (vyprážané zemiakové placky) popular di Slovakia. Bahan utamanya ialah gabungan ubi kentang yang disagat dengan gandum dan juga telur , lalu dibentuk bancuhan yang digoreng.Pankek atau lempeng ubi kentang ini selalunya dimakan sebagai snek, tetapi boleh juga dihidang sebagai makanan sampingan bersama2 sup dan hidangan2 yang lain.Mudah dibuat dan enak dimakan. Dicadangkan makan bersama susu tetapi saya lebih suka cicah sos gochujang untuk menikmatinya; kombinasi Slovakia dan South Korea gitu..🤗🇸🇰 Slovakia, Negara di Central Europe. Bersempadan dengan Poland diutara ,Ukraine ditimur, Hungary diselatan dan Austria di SW dan Czech Rep diNW.Inspirasi resipi slovakcooking🌹#cppassport Mahadiah -
Mashed Red Potatoes Mashed Red Potatoes
Mashed potato ini saya buat sebagai sampingan dengan menu lamb chop sebelum ini. Saya gunakan kentang merah. Anda boleh juga gunakan kentang russet dengan resepi yang sama untuk dinikmati dengan menu western.#goldenapron2020 Mizzanem -
Creamy Crunchy Potato Creamy Crunchy Potato
#VegetarianDish #ChooseToCook #1355recipeKentang banyak Aznie simpan didalam peti ais. Jadi sempena cabaran Vegetarian Dish Aznie nak buat menggunakan kentang. Sedap sangat makan panas-panas, betul-betul crunchy. Creamy Crunchy Potato ni juga kita boleh buat Potato Smile. Vs cute comey-comey. Yang paling suka makan ni anak-anak la. Aznie Khasri -
Potato Fritters aka Cucur Kentang Potato Fritters aka Cucur Kentang
#sarapanDulu pernah viral resepi cucur kentang ni di media sosial. Sedap makan panas2 buat sarapan atau minum petang.Sebenarnya bahan2 dia ikut kita ja nak letak apa. Boleh juga letak daun bawang, cili padi utk yg suka pedas, cheese atau apa2 saja ikut kreativiti korang. Yang penting bahan utama dia mestilah kentang 😆Selamat mencuba ya..#maratonraya #kentang #potatofritters #cucur #cucurkentang #kentang Erna Hezreen Hamzah
Lebih Banyak Resipi
Komen