Butter Chicken

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Setiap minggu anak-anak minta saya masakkan mereka Butter Chicken.Kalau saya tidak masak,mereka berdua (abang dan kakak) akan pergi ke SS15 dan makan di situ.Kasihan si adik ditinggal.
Rasanya pedas- pedas manis dan berkrim.Dihidang dengan nasi yang panas.
Mahu bertambah 2 pinggan nasi.Haihhh bilanya nak berdiet?
Saya kongsikan resipi saya yang paling mudah dan tak perlu banyak bahan.Tapi yang pasti,rasanya sedap hingga menjilat jari

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. Bahan A (perapan ayam)
  2. 1/2 kgisi ayam (saya gunakan bahagian dada)
  3. Secukup tepung goreng ayam (saya guna spicy)
  4. 1biji telur
  5. 2 sudu makantepung beras
  6. Minyak untuk menggoreng
  7. ••••••••
  8. Bahan B
  9. 1 tinsusu cair
  10. 3sudu besar butter
  11. 4-5 ulasbawang putih(dicincang halus)
  12. Sedikitlada putih
  13. 2tangkai daun kari
  14. Sedikitgaram
  15. Sedikitgula
  16. 1sudu kecil tepung jagung(dibancuh dengan 1/2 cawan air)

Cara Memasak

  1. 1

    Mula- mula sekali kita sediakan Bahan A(perapan ayam).MasukkanAyam yang sudah dibasuh dan di toskan ke dalam satu mangkuk.Campur semua bahan-bahan kecuali minyak.Simpan didalam peti sejuk 30minit.

  2. 2

    Panaskan minyak,salut ayam yang diperap tadi dalam tepung goreng ayam.Goreng sehingga garing.Angkat dan toskan.

  3. 3

    Untuk penyediaan sos butter,panaskan butter sehingga cair.Goreng daun kari dan bawang putih dahulu sehingga naik bau.

  4. 4

    Tuang susu cair,masukkan lada putih, sedikit garam dan gula.Gaul sebati.Hati-hati dengan penggunaan garam sebab tepung goreng ayam sudah tersedia masin.

  5. 5

    Tuangkan bancuhan tepung jagung.Gaul sebati dan matikan api.

  6. 6

    Tuang sos butter didalam pinggan ayam yang sudah kita goreng tadi.Jikalau suka,anda boleh masukkan ayam kedalam kuali dan gaul rata bersama sos butter.

  7. 7

    Siap ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya