Putu Mayam Ubi Kayu #chefzam

Resepi warisan ibunda,mengamit kenangan kesusahan hidup di zaman pemerintahan Jepun (sebelum merdeka) dan awal kemerdekaan.
Berbagai jenis masakan dapat disediakan dari olahan ubi kayu,antaranya Putu Mayam Ulbi yang diperbuat dari parutan ubi kayu putih kukus (saya gantikan dengan ubi kayu kuning) dan dihidangkan bersama kuah santan gula merah yang dimasak bersama daun pandan.Rasanya sungguh sedap,sesuai dihidangkan sewaktu 'Minum Petang' atau ketika meraikan tetamu. #goldenapron
Putu Mayam Ubi Kayu #chefzam
Resepi warisan ibunda,mengamit kenangan kesusahan hidup di zaman pemerintahan Jepun (sebelum merdeka) dan awal kemerdekaan.
Berbagai jenis masakan dapat disediakan dari olahan ubi kayu,antaranya Putu Mayam Ulbi yang diperbuat dari parutan ubi kayu putih kukus (saya gantikan dengan ubi kayu kuning) dan dihidangkan bersama kuah santan gula merah yang dimasak bersama daun pandan.Rasanya sungguh sedap,sesuai dihidangkan sewaktu 'Minum Petang' atau ketika meraikan tetamu. #goldenapron
Cara Memasak
- 1
Buang kulit ubi kayu,cuci bersih.
- 2
Parut memanjang.
- 3
Tekan padat-padat di dalam bekas supaya sama saiz dan bentuknya.Letak di dalam pinggan yang telah dilumur dengan sedikit minyak masak.
- 4
Panaskan air dalam pengukus sehingga menggelegak.Kukus Putu Mayam Ubi sehingga masak antara 5 hingga 10 minit atau sehingga ubi bertukar warna barulah diangkat.Ketepikan.
- 5
Siapkan bahan-bahan untuk kuah atau sos manisnya.
- 6
Masak santan bersama air,gula merah (boleh kurangkan kepada 90 gram),garam halus,tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air dan daun pandan.Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.Masak hingga kuah menggelegak.Seimbangkan rasanya,tutup api.
- 7
Hidangkan Putu Mayam Ubi bersama kuah atau sos manisnya.Selamat mencuba....
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mooncake Ubi Kayu Nostalgia Merdeka #ChefZam Mooncake Ubi Kayu Nostalgia Merdeka #ChefZam
Menu Merdeka kali ini mengimbau kenangan silam sebelum kemerdekaan. Ubi kayu diantara makanan utama pada masa itu kerana beras susah didapati dan bercatu. Berbagai juadah dihasilkan berbahan asas ubi kayu dan masih kekal bertahan mengharungi masa hingga kini.Ubi kayu rebus masih menjadi juadah kegemaran rakyat Malaysia dan disajikan bersama kelapa parut atau bahan2 lain seperti gula melaka, sambal dan ikan masin.Bersempena dgn tema Menu Merdeka saya sajikan ubi kayu rebus dan 'mooncake' ubi kayu sebagai simbol perpaduan berbagai kaum dan bangsa yg hidup berdampingan secara harmoni di Malaysia. Ubi kayu rebus dan 'mooncake' ubi kayu ini sedap dimakan bersama kelapa parut berwarna warni 'Jalur Gemilang'❤ Eka Zahra -
Ketiwul Ubi Kayu #chefzam Ketiwul Ubi Kayu #chefzam
Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu ketiwul.Ketiwul adalah makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang direndam berhari-hari kemudian dijemur sehingga kering.Cara membuatnya tidak rumit tetapi prosesnya agak lama dan memakan masa lebih kurang seminggu lebih hanya untuk mendapatkan tepung ubi kayu.Mak mertua saya cerita kisah ketiwul edisi dia.😂Zaman dahulu kampungnya selalu dilanda banjir.Banyak tanaman rosak akibat banjir.Jadi,untuk selamatkan ubi kayu dari terbuang begitu sahaja,ubi kayu dijemur dijadikan ketiwul.Lagi pula zaman dahulu agak susah,ubi kayu ni juga salah satu hidangan yang boleh mengalas perut selain untuk dijual.Saya juga tidak pernah menjamah hidangan ini selama saya hidup tetapi bila sekali saya mencubanya,sangat sedap.Teksturnya kenyal-kenyal dan lembut.Ditambah pula dengan taburan parutan kelapa yang dikukus menjadikan rasanya lebih enak.Hari ini saya berkongsi cara untuk menyediakan tepung ketiwul.Proses makan 10hari dari hari pertama merendam hingga menjemur sebab saya tinggal di rumah yang tidak punyai halaman.Jadi saya jemur dibalkoni sahaja.Hasilnya memuaskan juga.Sajian ini tidak rugi untuk anda mencubanya.Sesekali mengimbas cerita lama. Gyna Elenna -
Bingka Ubi Kayu / Kuih Bakar Ubi Kayu Bingka Ubi Kayu / Kuih Bakar Ubi Kayu
Bingka Ubi Kayu ini dari parutan ubi yang telah saya bekukan.Usia parutan ubi kayu itu lebih kurang 1tahun lebih.Ianya masih segar dan sedap bila menjadi kuih.Di sini saya sharekan resepi Bingka Ubi Kayu Cara saya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Tepung Boko Ubi Kayu Kuning Tepung Boko Ubi Kayu Kuning
Sudah 2 hari ubi kayu kuning siap diparut anak daraku duduk bertapa dalam peti ais.Alhamdulillah bila 'kerajinan' maknya datang,siap juga 'Tepung Boko Ubi Kayu Kuning' versi kacau dalam kuali.Resepi mudah,cepat siap dan sedap. #saturesepisatupohon #goldenapron ha.lim39 -
Poli Ubi Kayu Kelantan Poli Ubi Kayu Kelantan
Masak Apa Untuk POTLUCK?.:Satu lagi Kuih tradisi Kelantan yang diperbuat dari olahan ubi kayu kuning.Resepi simple tapi sedap kegemaran kami sekeluarga. ha.lim39 -
Putu Mayam Putu Mayam
Ada yang minat dengan putu mayam?Dulu kalau pergi pasar malam atau pekan hari putu mayam pasti tak ketinggalan kan...Ummi pun sama. Putu mayam kalau beli tak boleh beli sikit2.tak puas makan.Nak lagi puas makan jom kita masak sendiri di rumah.Menu pasar malam didapur sendiri. 👍😋😍 Q'leenalee's Kitchen -
👩🍳Pengat Ubi Kayu BerSagu & Ubi Kayu Gaul Nyior 🇲🇾 👩🍳Pengat Ubi Kayu BerSagu & Ubi Kayu Gaul Nyior 🇲🇾
Global Apron 2024 Challenge 23: putih 🇲🇾🤍Menyemarakkan semangat jiwa merdeka dengan makanan warisan Ubi kayu.. Menikmati ubi kayu sebagai pengat ubi kayu dan juga hidangan ubi kayu dengan kelapa parut; kedua- duanya sedap belaka.Sarapan atau minum petang yang cukup mengenyangkan😎Ubi kayu (2 p)Santan (1 p)Sagu (1 p)Kelapa parut (1 p)Tepung beras (1 p)Total= 6 p✅#GlobalApron2024#Challenge23#Putih#MerdekaMonth#UbikayuSantanSaguKelapaparut2189/3K333/2024 Mahadiah -
Kuih Ubi Manis Goreng Kuih Ubi Manis Goreng
Resepi klasik warisan ibunda.Kuih yang rangup di luar dan lembut di dalamnya.Sesuai dihidangkan sebagai kudap kudapan sewaktu minum petang atau ketika menonton tv,tambah enak bila dimakan panas-panas bersama secawan kopi atau teh.Selamat mencuba.... ha.lim39 -
Puding tapai ubi merdeka #chefzam#merdeka Puding tapai ubi merdeka #chefzam#merdeka
Semperna menyambut bulan kemerdekaan. Ila buat puding yang dibuat dengan tapai ubi. Rasanya amat enak lemak dan lembut..wangi dari aroma tapai ubi yang mengujakan.#chefzam#rayahitea#negerisembilan Ila Dila -
Putu mayam Putu mayam
Putu mayam atau Putu mayong?Tak kisah lah .. janji sedap.Makanan tradisi yang masih relevan dan bertahan sehingga sekarang. Kuih ini masih menjadi juadah sampingan kegemaran rakyat Malaysia.Namun begitu cara penyediaannya agak rumit.Jika teringin sangat usah bimbang, ziana akan share bagaimana penyediaan putu mayam hanya menggunakan bihun.Rasanya sama sahaja seperti putu Mayam di jualan.#CookEveryPart3 Ziana Chesaad -
Putu Halba Putu Halba
Ada jiran bagi ubi kayu,mencari-cari menu berasaskan ubi kayu..Akhirnya..kita cuba kuih putu halba yang asalnya dari negeri Kelantan.Ringkas cara pembuatannya..rasa pun sedap..☺️ Muniroh Annuar -
Boko Pandan Ubi Kayu Boko Pandan Ubi Kayu
Tengah makan ke tu..Tengah rehat ke tu.. 😁Alhamdulillah nikmat berbuka puasa tadi bersama anak-anak dan suami, semua suka❤️Tak rugi mak bagi ubi kayu suruh bawa balik dapat juga buat kuih kan..Jom laling @atika_mahamood ON 😁#PilihMasakKuih-Muih Battle Julia ALeen Aireish
Lebih Banyak Resipi
Komen