Karipap Kentang SuperSimpleSedap

hanimaj min
hanimaj min @cook_min86

Sesuai sangat dimakan semasa PKP ni. Boleh ajak2 anak2 buat sekali😊😊

Karipap Kentang SuperSimpleSedap

27 orang bercadang membuatnya

Sesuai sangat dimakan semasa PKP ni. Boleh ajak2 anak2 buat sekali😊😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kulit karipap
  2. 2 cawantepung gandum
  3. 3sb minyak masak
  4. 80 gmarjerin
  5. 1 cawanair sejuk
  6. Inti karipap
  7. 4/5biji kentang
  8. 2sb serbuk kari ayam/daging
  9. 1biji bawang merah
  10. 3 ulasbawang merah
  11. 1inci halia
  12. Daunkari
  13. Garam secukup rasa
  14. Kiub pati ayam

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan tuangkan ke dalam tepung. Cairkan marjerin dan sekali lagi tuangkan dalam tepung. Ini untuk mendapatkan kulit karipap yang 'berbuih mengelembung' dan cantik. Gaulkan minyak dan marjerin dengan tepung. Berhati2. Minyak dan marjerin panas. Ramas-ramas sehingga menjadi serbuk.

  2. 2

    Sedikit demi sedikit masukkan air sejuk (air dari peti sejuk,bukan air batu) ke dalam adunan. Uli sampai menjadi doh. Rehatkan selama 30 minit.

  3. 3

    Sementara menunggu doh rehat,bolehlah membuat inti karipap. Potong dadu kentang dan rebus sehingga empuk. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Masukkan daun kari. Masukkan serbuk kari (pes). Tunggu sehingga kari naik minyak. Selepas itu,barulah masukkan kentang rebus. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam.

  4. 4

    Setelah 30 minit,bolehlah membuat karipap menggunakan acuan atau manual (kelim sendiri guna tangan). Goreng. Sekiranya ingin membuat karipap frozen,goreng seketika sahaja.

  5. 5

    Dah siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
hanimaj min
hanimaj min @cook_min86
pada

Komen

Resipi Sepertinya