Ikan Rebus Homemade

Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
Suka sangat ikan rebus tapi susah nak dapat di kawasan rumah saya. Apa lagi lama tak makan jom buat sendiri bersih, suci lagi halal tanpa was-was. Nikmat dapat makan dengan nasi panas letak kicap.
Ikan Rebus Homemade
Suka sangat ikan rebus tapi susah nak dapat di kawasan rumah saya. Apa lagi lama tak makan jom buat sendiri bersih, suci lagi halal tanpa was-was. Nikmat dapat makan dengan nasi panas letak kicap.
Cara Memasak
- 1
Bersihkan ikan.
Satukan ikan dengan semua bahan lain. - 2
Kukus lebih kurang 10minit.
- 3
Panaskan kuali goreng ikan.
- 4
Untuk tambahan boleh goreng cili api dan bawang, siap.
Resipi Sepertinya
-
Ikan Kembung Rebus Goreng Ikan Kembung Rebus Goreng
#goldenapron2020#mingguke15Namanya sahaja Ikan Kembung Rebus tetapi hakikatnya ikan tu saya kukus sebelum digoreng. Setiap orang ada cara tersendiri untuk memasak. Ikut pada citarasa masing-masing untuk memudahkan kerja.Saya lebih suka dikukus sebab bila digoreng tidak meletop seperti berperang.Ikan kembung rebus ni jika beli di pasar, kita tidak tahu sama ada Ikan tu masih elok atau tidak sebelum di kukus/rebus. Malahan masih ada isi perut lagi. Lagi malang kadang-kadang ada ulat. Euwwwww..Buat sendiri sahaja lebih senang. Di jamin bersih dan segar.Ikan kembung rebus ni bukan sahaja boleh digoreng, tetapi boleh di masak lemak cili api, sambal dan macam-macam lagi.Ada juga yang dimakan begitu sahaja sambil di cicah budu atau sambal belacan. Tetapi enak jika dimakan sejurus dikukus atau direbus.Boleh saja jika you all semua bercadang untuk membuat stok ikan kembung rebus ni, kan senang bila teringin nak makan, tinggal goreng sahaja. Hanya perlu disusun dalam tupperware. Jika banyak, alaskan setiap susunan dengan menggunakan daun pisang atau plastik supaya isi ikan tidak melekat antara satu sama yang lain. Untuk simpan lebih lama, letak di bahagian sejuk beku ( freezer ) Gyna Elenna -
Ikan Kembung Rebus Air Asam Ikan Kembung Rebus Air Asam
PKP-20: Harini saya prepare menu yang dah selalu sangat saya buat sepanjang tempoh PKP ni. Ikan tu beli online je & ada orang COD ke rumah. Inipun hasil carian di marketplace FB. Harganya, RM10/ 3kg. Seronok kucing & tuannya makan ikan 💃💃💃..Biasanya kalau saya masak ikan rebus air asam ni, air asam tu mesti saya buat lebih (2x dari resipi 👇). Maklumlah. Orang kat rumah ni makan nasi & air asam macam makan sup!.Apa yang saya amalkan untuk menyimpan & memastikan ikan masih OK, tak rosak & mata tak merah? Mula-mula, kenalah beli ikan fresh. Lepastu cuci bersih & buang segala isi perutnya. Then, simpan dalam bekas mengikut jumlah yang hendak digunakan. Yup. Dalam freezer saya bersusun bekas jernih yang saya gunakan untuk menyimpan bahan mentah. Jadi, tak adalah ikan tu nanti keluar & masuk freezer banyak kali & membuatkan ia kecut & cepat buruk. Boleh aplikasikan tips ini untuk menyimpan apa saja bahan mentah seperti ayam, daging, sotong, udang & lain-lain 🙂.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Sardin Ikan homemade Sardin Ikan homemade
Untuk mendapatkan sardin yang bersih lagi halal . Kita cuba masak sendiri , mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan ikan yang segar dan lembut hingga tulang. Ani Delighted -
Ikan Rebus Ikan Rebus
Ikan rebus lagi sedap rasanya bila di rebus semalaman...Tujuan ikan rebus ni bukan untuk buat kuah nasi dagang je ..tetapi ianya lagi sedap....jika digoreng..untuk di makan dengan pulut ..Tapi kalau sebelah pantai timur..makan dengan nasi putih pun...selera dah❤️Ikan yang nak di rebus ..terpulang nak guna ikan apa.tapi kalau untuk kuah nasi dagang..guna ikan tongkol/ikan aya hitam,putih..terpulang pada citarasa sendiri.. FZ Adzlin -
Ikan Kembung Rebus Ikan Kembung Rebus
#AnyonecancookfishKalau dapat ikan segar dan murah, akak akan beli banyak dan rebus.Pelbagai menu boleh dimasak dengan ikan rebus ini seperti goreng berlado, celup tepung, kari, masak lemak dan sebagainya.Week2 Ikan Kembung#AnyOneCanCookFish Ani Delighted -
Ikan Kembung Rebus Air Asam Ikan Kembung Rebus Air Asam
Bulan lepas anak lelaki balik bercuti,dibawanya kami sekeluarga menjamu selera di restoran ikan bakar berdekatan rumah.Salah-satu menu ikan di sini cukup menambat hati iaitu ikan kembung rebus air asam.Menunya cukup ringkas tapi 'Berhantu',dihidangkan panas-panas,berselera menikmatinya,siap menambah nasi lagi.Kebetulan hari ini ada ikan kembung segar yang dibeli,kita cuba memasaknya sendiri,alhamdulillah menjadi!.Selepas ini tak perlulah lagi ke restoran itu untuk menikmatinya.#saturesepisatupohon #goldenapron ha.lim39 -
Sambal Ikan Rebus Mangga Muda Sambal Ikan Rebus Mangga Muda
Nama lain bagi resipi ini adalah Sambal Putik Pauh. Bebas guna ikan apa untuk direbus tetapi yang sedap ialah ikan selayang. Idea makan tengahari yang simple dan sedap. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas bersama dengan ayam goreng 😍 #goldenapron2020 #minggu2 azfa hazira -
Ikan masak asam rebus Ikan masak asam rebus
💖 402 : 33/2022 💖Jekfer vs Lailer Cook OffUntuk Jekfer dan Lailer jangan gaduh -gaduh yea...Meh cuba Ikan Tulai masak asam rebus Ummi paling simple dan pastinya sedap ni...Kompom menambah-nambah makan nasi dengan ikan masak asam rebus ni.... Q'leenalee's Kitchen -
Ikan Rebus Goreng Ikan Rebus Goreng
#bazaarramadan #week1 Ada je kan pembuka selera di bulan puasa ni. Kali ni terliur plak nak makan nasi putih panas dengan ikan rebus goreng ni. Fuuhhh!sedap sungguh. Makan bertambah pun x sedar. Amboih penangan ikan rebus ni bukan calang2 ye. Cuba la buat n rasakan gegarannye eh. Nunees -
Ikan Lengat Ikan Lengat
Ikan Lengat aka Ikan Rebus 😬. Hakak suka makan ikan ni tapi tak pandai buat. Jadi ni akak tiru bulat2 resipi Cookpaders Cik Puan Julia Aleen Aireish🤭. Fuhh memang puas hati dapat makan banyak2 ehh.. Well hari ni pun masih lagi resipi simple2 je. Hakak is in mood malas masak 🤣🤣🤣 Salina Jalaludin -
Pais Ikan Kembung Pais Ikan Kembung
#bdayminsha2020challenge #misiminshaAlkisahnya pada hari Isnin yang lepas Yani makan tengahari ikan bakar di satu restoran. Tapi bila balik rumah teringat-ingat macam nak masak menu ikan nanti. Kebetulan pula lalu lalang di FB berkenaan resipi Pais Ikan.Rindunya nak makan Pais Ikan yang Ayah Yani buat. Dulu kecil-kecil di kampung, Ayah Yani rajin menjala ikan sungai. Ikan kegemaran Yani ialah ikan putih atau lampam. Walaupun banyak tulang tapi bila masak pais, bakar, goreng garing atau buat sambal nikmat sungguh dimakan bersama dengan nasi putih panas-panas dan ada menu sayur.Rindu 'moment' tu walaupun dulu kena paksa siang ikan dalam kuantiti banyak...tapi seronoknya bila dapat makan, hilang terus rasa hanyir siang ikan yang banyak-banyak masa tu...Ok, jom Yani kongsi cara buat Pais Ikan Kembung. Nur Azliani Amer -
Asam Rebus Ikan Siakap Asam Rebus Ikan Siakap
#goldenapron#1post1hopeKalau pandang ikan siakap,mesti tertanya-tanya nak dibuat apa dengan ikan ini.Asyik masak steam dan masak tiga rasa je.Semalam lagi saya sudah berangan-rangan sebelum tidur.Esok pagi pergi ke pasar untuk mencari ikan siakap.Nak masak asam rebus!!sebab ianya mudah sangat lagi pula saya sibuk seharian untuk menguli 4 kilo tepung.Untuk memudahkan kerja saya,asam rebus ikan siakaplah jawabnya.Tidak perlu saya susah-susah masak yang lain-lain lagi.Cuma sediakan ulam sahaja seperti petai,kacang botol atau timun.Rasanya masam dan manis kerana adanya nanas.Kuahnya enak dihirup.Jom semak cara saya memasak 😘 Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12065483
Komen