Pais Ikan Kembung

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#bdayminsha2020challenge #misiminsha

Alkisahnya pada hari Isnin yang lepas Yani makan tengahari ikan bakar di satu restoran. Tapi bila balik rumah teringat-ingat macam nak masak menu ikan nanti. Kebetulan pula lalu lalang di FB berkenaan resipi Pais Ikan.

Rindunya nak makan Pais Ikan yang Ayah Yani buat. Dulu kecil-kecil di kampung, Ayah Yani rajin menjala ikan sungai. Ikan kegemaran Yani ialah ikan putih atau lampam. Walaupun banyak tulang tapi bila masak pais, bakar, goreng garing atau buat sambal nikmat sungguh dimakan bersama dengan nasi putih panas-panas dan ada menu sayur.

Rindu 'moment' tu walaupun dulu kena paksa siang ikan dalam kuantiti banyak...tapi seronoknya bila dapat makan, hilang terus rasa hanyir siang ikan yang banyak-banyak masa tu...

Ok, jom Yani kongsi cara buat Pais Ikan Kembung.

Pais Ikan Kembung

8 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 ekor ikan
  1. Bahagian A: Bahan Utama
  2. 6ekor ikan kembung dibersihkan
  3. 12 helaidaun kunyit (untuk balut ikan)
  4. Bahagian B: Bahan Perapan dikisar/ ditumbuk
  5. 10biji cili padi
  6. 1biji bawang besar
  7. 1/2 sudu makanserbuk kunyit
  8. 5 ulasbawang putih
  9. 2 batangserai
  10. 1genggam kelapa parut
  11. 3 helaidaun kunyit (dihiris)
  12. 3 sudu makanminyak masak
  13. 1 sudu makanpes asam jawa
  14. 1/2 sudu makangaram
  15. 1 sudu makangula

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Semua bahan B di kisar menggunakan mesin pengisar yang kering atau boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu. Tidak perlu tambah air. Tip: Boleh kacau dengan sudu untuk dapatkan hasil kisar atau tumbuk yang halus.

  2. 2

    Letakkan atau lumurkan bahan perap di atas ikan kembung yang telah dicuci bersih. Letak di kedua-dua belah bahagian ikan tersebut.

  3. 3

    Balutkan dengan daun kunyit dan kelipkan dengan lidi pencucuk makanan supaya balutan daun kunyit kemas. Boleh bakar di dalam oven pada suhu 200°c selama 40 minit / atau di letakkan di atas api yang kecil. Balikkan ikan supaya masak kedua-dua belah.

  4. 4

    Ikan yang telah siapa dibakar. Selamat mencuba👍.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya