Ikan Kembung Rebus Air Asam

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

Bulan lepas anak lelaki balik bercuti,dibawanya kami sekeluarga menjamu selera di restoran ikan bakar berdekatan rumah.Salah-satu menu ikan di sini cukup menambat hati iaitu ikan kembung rebus air asam.Menunya cukup ringkas tapi 'Berhantu',dihidangkan panas-panas,berselera menikmatinya,siap menambah nasi lagi.
Kebetulan hari ini ada ikan kembung segar yang dibeli,kita cuba memasaknya sendiri,alhamdulillah menjadi!.Selepas ini tak perlulah lagi ke restoran itu untuk menikmatinya.
#saturesepisatupohon #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2ekor ikan kembung segar (saiz besar)dicuci bersih,toska airnya
  2. 1 cawanair untuk merebus ikan
  3. 1 kepingasam gelugur
  4. 1 cawanair untuk sos air asam
  5. 1/2biji lemon diperah ambil airnya
  6. 1 camcateh pes asam jawa
  7. 1 camcateh penuh garam gunung
  8. 1 camcateh gula merah
  9. 1biji bawang besar (saiz S),dihiris nipis
  10. 1 batanglada merah dipotong kecil
  11. 6 batangcili padi merah dan hijau
  12. dipotong kecil

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahannya.

  2. 2

    Rebus ikan bersama 1 cawan air,1 keping asam gelugur dengan kuali bertutup sehingga masak.

  3. 3

    Sementara itu masukkan 1 cawan air ke dalam mangkuk.Masukkan garam gunung dan gula merah,kacau hingga larut.

  4. 4

    Masukkan air lemon diikuti hirisan bawang besar.Ketepikan.

  5. 5

    Bila ikan telah masak,tutup api.Keluarkan asam gelugur.Keluarkan ikan dan letak di dalam pinggan hidangan.Air rebusan ikan yang masih berbaki ditapis dan dicampurkan bersama air asam yang dibancuh tadi.Seimbangkan rasanya biar cukup masam,masin dan manisnya.Masukkan potongan lada merah dan cili padi.Kacau rata.

  6. 6

    Curahkan ke atas ikan kembung.Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya