Kerabu Sotong

Norhafira
Norhafira @fyramhmd

Salam Ramadhan semua :) semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, Amin InsyaAllah. ✨🌙

Kerabu Sotong

Salam Ramadhan semua :) semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, Amin InsyaAllah. ✨🌙

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 kgsotong - dibersihkan, dibelah tiga
  2. 1/2biji bawang holland - dihiris
  3. 1/2biji bawang besar - dihiris
  4. 2-3biji cili merah - dihiris
  5. 10-15biji cili padi - dihiris
  6. 1biji tomato - dihiris
  7. 2-3biji limau nipis
  8. Daunketumbar
  9. Sos ikan secukup rasa
  10. Gula secukup rasa
  11. Ajinomoto secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Celurkan sotong di dalam kuali menggunakan air sotong sahaja, tidak perlu tambah air lain. Celur sehingga sotong masak (tak lama pun, jangan terlebih celur pulak ya). Angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Di dalam mangkuk, masukkan sos ikan, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kemudian perah limau nipis. Kacau hingga sebati. Masukkan semua bahan yang sudah dihiris di dalam mangkuk dan kacau.

  3. 3

    Akhir sekali masukkan sotong yang sudah dicelur dan boleh juga tambah sedikit air rebusan sotong. Tabur sedikit daun ketumbar di atas hidangan. Sedia dihidangkan!

  4. 4

    Tips / Nota : Hidangan ini perlu ada rasa pedas, manis dan masam, jadi anda perlu sesuaikan rasa tersebut dengan jumlah bahan. Sedikit suhun juga boleh ditambah. Sos ikan menggantikan rasa garam, jadi tak perlu tambah garam lagi.

  5. 5

    Tambahan :

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norhafira
Norhafira @fyramhmd
pada

Komen

Resipi Sepertinya