Ayam Limau Nipis

Al-kisah nya nak buat ayam lemon. Alaa.. lemon pulak takde. Nak ke kedai semata-mata nak beli lemon memang malas di waktu PKP ni. Ganti dengan serbuk limau nipis Knorr. Rasa nya pun sedap. Jom intai resipi nya 👇🏻
Ayam Limau Nipis
Al-kisah nya nak buat ayam lemon. Alaa.. lemon pulak takde. Nak ke kedai semata-mata nak beli lemon memang malas di waktu PKP ni. Ganti dengan serbuk limau nipis Knorr. Rasa nya pun sedap. Jom intai resipi nya 👇🏻
Cara Memasak
- 1
Potong ayam, bersihkan dan tos. Perap bersama garm dan serbuk kunyit 10-15 minit, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
- 2
Sediakan satu mangkuk dan campurkan bersama serbuk limau nipis, gula, serbuk pati ayam Tumix, pewarna kuning dan tepung jagung.
- 3
Kacau rata, ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan cincang tadi hingga kekuningan dan masukkan bancuhan air tadi.
- 4
Kacau-kacau hingga mendapat kepekatan yang diinginkan. Agak-agak la ye, jangan pekat sangat. Tutupkan api dan boleh la jirus dalam ayam tadi, tabur bijan. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
-
Ayam Limau Nipis Ayam Limau Nipis
243/2021/RoadTo1k/928Resipi ni Cooksnap daripada Kak Zakiah @ Dapur Yusfarisyia @gula_apong. Sedap tau resipi ni😬. Yang bezanya hakak guna limau nipis segar manakala resipi asal guna serbuk limau nipis (tak de ni kat rumah, cari di kedai pun tak jumpa juga)😅. Pastu hakak tambah daun ketumbar untuk bagi efek aroma yang lebih kuat dalam sajian. Selebihnya hakak follow je resipi asal 😊 Salina Jalaludin -
Air Limau Air Limau
Ini lah minuman yang paling saya suka sewaktu di zaman sekolah rendah. Kalau ada kelas tambahan dan ada aktiviti sukan memang saya akan buat sendiri air limau nipis dan lemon sebab mak ada tanam pokok limau nipis dan pokok lemon. Lebat buah nya, kadang makan cicah dengan campuran gula dan garam isi lemon tu. Adui kecur liur bila terkenang zaman tu. Kalau dulu takde pulak sakit ulur hati sebab makan yang masam-masam. Arwah bapa saya memang marah kalau tengok saya makan yang masam-masam sebab kata nya nanti gastrik dan bla.. bla.. bla.. Dapur Yusfarisyia -
Barli sirap lemon dan limau nipis. #Minuman #MarathonRaya #Minggu Kedua Barli sirap lemon dan limau nipis. #Minuman #MarathonRaya #Minggu Kedua
Minuman barli sirap lemon dan limau nipis sesuai juga di minum suam-suam. Memandangkan saya batuk, saya gabungkan limau nipis dan lemon untuk merawat batuk saya. Sebenarnya kedua-dua bahan ini bagus untuk sesiapa yang mengalami batuk. Zara Latif -
Ayam Crispy Ala Thai Ayam Crispy Ala Thai
#ayamcrispy#goldenapron2020Bila sebut pasal ayam goreng crispy memang semua org menggemari nya tak kira usia.(baby tak termasuk la ye 🤭). Salah seorang penggemar menu ayam ialah anak bujang sy. Bila goreng ayam tadi berlinang air mata mengenangkan anak yg jauh dari kampung halaman krn menjalani latihan polis. Ada kisah di sebalik kesedihan yg sy rasakan tiap kali sy memasak menu ayam. Kisah nya begini, sewaktu kami masih lagi tinggal sebumbung dgn keluarga mertua kami, sy dan suami memang selalu berpesan kat anak2 supaya jgn bergaduh sewaktu makan. Ketika itu anak lelaki sy dlm darjah 2 dan si adik nya masih lagi sekolah tadika. Si abg memang chubby dan si adik memang “halus” 🤭. Apabila waktu makan sy akan campurkan semua lauk dan nasi dlm setiap pinggan mrk berdua. Si abg tu memang sy akan lebihkan lauk nya krn ikut saiz badan nya jg 😂. Dipendekkan cerita mrk berdua bergaduh gara2 si abg minta ayam yg di dlm pinggan si adik krn si adik ni mmg slow kalau bab makan. Berderau darah bila mendengar anak2 bergaduh waktu makan. Lepas saya marahkan mrk berdua, sy terus telefon suami bagitau pasal mrk berdua. Blm lama lepas tu suami sy sampai rumah bawa ayam panggang 2 ekor. Seekor tu utk si abg dan seekor lg tu utk si adik. Suami sy suruh mrk habiskan ayam tu. Si abg tu tersengeh happy tapi si adik pula menitis air mata sbb risau tak blh nak habiskan ayam tu. Sampai skrg mrk berdua masih lagi ingat peristiwa itu. 😂 Dapur Yusfarisyia -
Ayam Ungkep Kering Ayam Ungkep Kering
Al-kisah nya saya merebus dada ayam untuk dibuatkan untuk hidangan pelengkap laksa Sarawak tetapi tetiba je suami balik ke rumah bawa laksa Sarawak yang telah siap dimasak. Anak yang request nak makan laksa Sarawak dua hari lepas tetapi bahan-bahan nya takde di dapur. Rupa-rupanya si papa nya terdengar, dan dalam diam dia pun teringin nak makan laksa juga. Oleh sebab itu dia beli je la yang telah siap dimasak tanpa memberitahu saya. Sayang pulak saya tengok ayam yang telah saya rebus tu. Hasrat di hati nak buat serunding ayam tetapi lain pulak jadi nya, teringin nak makan masak ungkep kering. Dapur Yusfarisyia -
🍁Sup Ayam Lemon🇲🇾 🍁Sup Ayam Lemon🇲🇾
Asalnya hari ini nak masak kari ayam. Ingatkan ada serbuk karinya, rupanya tiada. Memang tidak keluarlah untuk ke kedai semata-mata untuk dapatkan serbuk kari dalam keadaan PKP sekarang.Buka peti sejuk dan tengok apa yang boleh di masak dengan ayam ini. #back2basic Akhirnya, siaplah juadah ringkas untuk hari ini - Sup Ayam Lemon. 🤗 Master Jamal -
Paprik Sotong Tanpa Daun Limau Purut Paprik Sotong Tanpa Daun Limau Purut
Resipi @NorSukiman85 tak pernah mengecewakan. MinSha cuma tak jumpa Daun Limau Purut. Bila gugel, katanya boleh ganti dengan Parutan Kulit Limau Purut / Lemon atau Serai. Ngam MinSha ada serai & lemon, jadi try la bubuh dua-dua.Menjadi chuolllzzzz. Pasni tak perlu risau dah nak masak paprik bila daun limau purut takde 💗. MinSha -
Ayam ketumbar limau nipis wraps Ayam ketumbar limau nipis wraps
Resipi sihat yang boleh makan dengan nasi atau pasta. Untuk kali ini kita pilih ayam ketumbar limau nipis dengan wraps.. Wallah!!! Cho Zila -
Tips Cara Simpan Limau Nipis Tips Cara Simpan Limau Nipis
#kitajagakita Minggu 22#soalan258/2020Selalu kalau beli limau nipis kat pasaraya memang dah siap pack. Lebih kurang 6-7 biji satu pack. Kita ni bukan setiap hari guna limau nipis ni kan. Jadi ada cara untuk kita simpan limau nipis ni agar tahan lebih lama. Cempaka Putih -
Cucumber Agua Fresca🇲🇽 Cucumber Agua Fresca🇲🇽
Haritu dah buat watermelon agua fresca, harini buat timun pulak..sya memang selalu buat air timun fav betol😋sya takde limau nipis so ganti dengan lemon🍋#cppassport shazrina -
Air Limau Asam Boi Air Limau Asam Boi
Day73/366/2020/March/13Tadi masa balik dari beli barang-barang dapur, ternampak orang menjual air balang kat tepi jalan. Dia punya limau potong nipis berkeping-keping pulak tu. Fuhhhh🤤🤤🤤. Tapi nak terus berhentikan kereta idak ler boleh sebabnya ada banyak kereta lain yang mengekor rapat di belakang. Maka bertabahlah. Tu otw balik rumah, p singgah kedai runcit sat beli asam Boi. Limau nipis memang banyak stok. Jadi tadaaaa..jadilah “Air Limau Asam Boi” macam yang dijual kat gerai tu tapi versi homemade with love jela 😬😋 Salina Jalaludin -
Jus Durian Belanda Bersama Limau Nipis Jus Durian Belanda Bersama Limau Nipis
Buah durian belanda yang saya tanam selalu je kena makan tupai. Takpe la rezeki tupai. Dua hari lepas saya menjenguk ke kebun mini di tepi rumah, tengok pokok cermai, pokok anggur, pokok vanilla, pokok kristal semua nya belum mengeluarkan bunga. Hanya pokok kuini dan mempelam je yang sedang berbunga. Belek punya belek daun pokok durian belanda “aihh?” Ada buah durian belanda rupa nya dan nasib baik belum diusik tupai. Buah nya pula memang sudah masak ranum. Tanpa berlengah lagi terus saya petik dan basuh, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan kerana bahagian chiller dah tak ada ruang lagi. Hari ni saya nyahbekukan dulu dan kupas kulit nya, buang biji dan kisar halus untuk dibuat jus. Alhamdulillah dapat 3 gelas. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)