Roti Jala Watermelon Cicah Susu

Once upon a time, ada seketul cin who really really really loves Watermelon. Gigih masuk contest video guna resipi ni sebab dia la fan #1 yang paling seronok kalau MinSha sangkut mana-mana hadiah. Kalau sangkut menang voucher RM5 pun, dia punya excited tu macam menang Banglo sebijik 😂. Sampai macam tu sekali dia punya bangga 🥰. Ingat lagi masa tengok pengumuman live pemenang contest Hilmie’s Bbq masa malam berinai adik dia. Masa announce nama MinSha tu kami jerit ibarat pasukan bolasepak Malaysia score 1 gol menentang pasukan England 😂😂😂. Terperanjat semua tetamu terus pandang tau! Buat malu je 😅. Kalau ikutkan MinSha ni paling tak gemar nak join contest. Tapi tengok gelagat dia yang adore sangat & bangga dengan hasil ta dia tu, jadi semangat pulak nak buat dia happy. Bukan nya kemenangan tu yang buat dia happy. Teman sepanjang proses nak buat video dari scratch sampai siap tu yang buat dia happy sangat. Sanggup tak tidur walaupun esok hari tu dia perlu kerja berat dekat site. Thanks cin! Nanti upah choki-choki 3 batang 😝.
Thank you Kak Lat. Seumur hidup tak pernah cicah susu manis. Memang sesuai sangat untuk roti jala warna warni macam ni 💕.
Inspirasi Resipi:
Resipi: @hana25_7someday
Design: @Mrs_Watermelon85
Cicah: @KakLat
Roti Jala Watermelon Cicah Susu
Once upon a time, ada seketul cin who really really really loves Watermelon. Gigih masuk contest video guna resipi ni sebab dia la fan #1 yang paling seronok kalau MinSha sangkut mana-mana hadiah. Kalau sangkut menang voucher RM5 pun, dia punya excited tu macam menang Banglo sebijik 😂. Sampai macam tu sekali dia punya bangga 🥰. Ingat lagi masa tengok pengumuman live pemenang contest Hilmie’s Bbq masa malam berinai adik dia. Masa announce nama MinSha tu kami jerit ibarat pasukan bolasepak Malaysia score 1 gol menentang pasukan England 😂😂😂. Terperanjat semua tetamu terus pandang tau! Buat malu je 😅. Kalau ikutkan MinSha ni paling tak gemar nak join contest. Tapi tengok gelagat dia yang adore sangat & bangga dengan hasil ta dia tu, jadi semangat pulak nak buat dia happy. Bukan nya kemenangan tu yang buat dia happy. Teman sepanjang proses nak buat video dari scratch sampai siap tu yang buat dia happy sangat. Sanggup tak tidur walaupun esok hari tu dia perlu kerja berat dekat site. Thanks cin! Nanti upah choki-choki 3 batang 😝.
Thank you Kak Lat. Seumur hidup tak pernah cicah susu manis. Memang sesuai sangat untuk roti jala warna warni macam ni 💕.
Inspirasi Resipi:
Resipi: @hana25_7someday
Design: @Mrs_Watermelon85
Cicah: @KakLat
Cara Memasak
- 1
Masukkan semua bahan ikut turutan dan blend sebati
- 2
Bahagikan adunan dan letak pewarna. Masukkan ke dalam botol 3 & 1 Nozzle
- 3
Buat pattern macam gambar/video
- 4
Bila permukaan dah mengering, terus angkat dari pan
- 5
Terbalikkan atas pinggan dan lipat
- 6
- 7
SIAP! 🤤🤤🤤
Resipi Sepertinya
-
Roti Jala Kekwa | Super Easy Roti Jala Kekwa | Super Easy
Apa beza Roti Jala Kekwa & Roti Jala Succulent? Beza pada gulungan je. Kalau Succulent belah flat di dalam, Kekwa lak bahagian flat di luar.Lawak sungguh kenangan nak shoot video sekotak mini garden ni. Dia mengingatkan MinSha yang aturan Allah ni cukup indah and setiap kejadian tu ada hikmah. Kadang kita kecewa sebab dah usaha sehabis baik, tapi masih tak dapat apa yang kita nak. Rupa-rupanya tak dapat kerana nak elak musibah menimpa diri. Nampak serious kan cerita MinSha ni? 😅Sebenarnya cerita tentang botol roti jala je. Botol tertinggal > Ribut & hujan lebat > GoGetter runner salah job > Kedai dah tutup. Punya la susah hati sebab memang kena shoot video malam tu sampai props berkotak2 sampai tapi takde hati nak bukak. Bila dah terima hakikat memang tak dapat menjala malam tu, baru la bukak kotak parcel satu2. Allahu! Botol yang order dari penang dah sampai!!! Padahal baru order semalam. Ingatkan minggu depan baru sampai. Tengok status sopipi pun masih otw. Terus terduduk menangis sambil gelak ingat balik peristiwa satu hari ni. Kalaulah dari awal redha, mungkin dah settle shoot video by now.Hebat kan Roti Jala! Dapat bagi pengajaran hidup lagi. Simp-LY marvelous! 🥰💕 MinSha -
Roti Jala Rose Qysha Roti Jala Rose Qysha
Bancuh, masak & snap by Qysha. Siap suluh mini studio light lagi untuk gambar ni. MinSha simpan sini sebagai kenangan. Comel sangat tengok dia beraksi pegang lighting sambil snap. Ikut sapa la tu 😂.Thank you auntie @hana25_7someday for recipe awesome ni! 💕💕💕 TIPS:1. Pakai pan permukaan paling besar. Lagi banyak boleh masak pada satu masa. Tak payah nak gulung 2-3 layer2. Kalau sedikit garing, biarkan lama sikit nanti akan lembut.3. Kalau tak nak tunggu, gulung yang keras tu dulu dan gulung jala yang lembut di luar untuk lock bahagian patah2 tu.4. Kalau pan tu non stick dia dah kurang, sapu minyak dengan tisu sebelum letak adunan5. Masa blend bahan, pastikan ada “dimple” di tengah tu sebesar ibu jari.6. Pastikan adunan sedikit pekat tapi mengalir lancar7. Kalau tak ada colouring atau tak suka colouring, boleh guna air daun pandan / pes pandan 😊 MinSha -
Roti Jala Jelita Roti Jala Jelita
#ResepiViral #1372recipe Lama dah tak buat Roti Jala Jelita ni, pernah viral satu ketika dahulu. Masa ni ramai yang buat jual juga sebab bentuk dan warna ia yang menarik. serius harga ia boleh tahan juga. Seronok dapat buat sendiri. Ia juga penuh dengan kontravasi lagi. Apabila ada yang pertikai dalam penggunaan warna. Ia ikut citarasa sendiri juga, nak buat warna lembut atau pun garang. Kebetulan hari ni ada durian Aznie buatkan serawa. Memang ngam sangat rasanya. Yang ni Aznie buat ikut resepi @sasha_sabrina , serius sedap sangat. Anak Aznie makan punya banyak tadi dengan kuah durian. Anak buah Aznie pulak makan dengan sambal sardin, siap panggil mak ngah.. mak ngah.. Ingatkan apa la, rupanya dia nak cakap mak ngah sedap la makan ngan sardin. Ehhhhh pelik tapi benar, suka betul dia makan. Pertama kali tengok roti jala macam ni dia cakap. Anak dara Aznie terus menyampuk, kalau tengok lain dari yang lain tu jangan heran tau. Tu mesti tuk Cookpad, katanya. Amboiiiiii🤦♀️Kak @zuita_Aisyah325 jom menjala. Aznie Khasri -
Roti Jala Succulent Jelita Roti Jala Succulent Jelita
**Di atas cadangan ramai MinSha tukar tajuk resipi kepada Succulents Jelita 😂..Sejenis yang tak berapa minat bunga. Masa Roti Jala Rose viral tahun lepas, seronok tengok Cookpaders post, tapi tak tergerak pun nak buat. Tapi bila Roti Jala Kekwa ni muncul, alahai comel nyaaaa. Bila tahu teknik terus zaaassss ke dapur. Pukul 11 malam pun GIGIH menjala sampai 3 pagi. Dah la comel, senang pulak tu!! Tapi kalau senang, kenapa lama nak siap?? Meh usha tips & tricks MinSha untuk cepat. MinSha masak ni dekat rumah mak lepas balik dari treatment. Jadi guna apa yang ada sahaja. TIPS:1. Pakai pan permukaan paling besar. Lagi banyak boleh masak pada satu masa. Tak payah nak gulung 2-3 layer2. Kalau sedikit garing, biarkan atas pinggan lama sikit, nanti akan lembut.3. Kalau tak nak tunggu, gulung yang keras tu dulu dan gulung jala yang lembut di luar untuk lock bahagian patah2 tu.4. Kalau pan tu non stick dia dah kurang, sapu minyak dengan tisu sebelum letak adunan5. Masa blend bahan, pastikan ada “dimple” di tengah tu sebesar ibu jari.6. Pastikan adunan sedikit pekat tapi mengalir lancar7. Kalau tak ada colouring atau tak suka colouring, boleh guna air daun pandan / pes pandan 😊Jom Cooksnap! 😘 MinSha -
Roti Jala Cicah Susu Roti Jala Cicah Susu
Roti jala cicah susu, memang nostalgia. Anak-anak pun pelik, yang mereka tahu cicah kari je. Cerita dengan mereka yang tok (nenek) buatkan roti jala kat umi, cicah macam ni la dulu, masa umi kecil. Dulu tok buat tak ada acuan, guna daun pisang atau daun mangga ja. Umi cuba dulu pun tak jadi. Ni hari ni umi cuba juga buat guna daun pisang, pun tak jadi juga. Dah la botol 3 lubang habis stok kat kedai, laku sungguh masa pkp ni. Sudahnya umi guna botol mineral je. Tebuk lubang guna paku. Nasib baik ada paku elok, yang belum buka lagi plastiknya. LATIPAH NAWAWI -
Roti Jala Lemak Manis & Kuah Kacang Adabi | Memori Manis Menang Tempat Pertama Semanis Senyuman Adam Roti Jala Lemak Manis & Kuah Kacang Adabi | Memori Manis Menang Tempat Pertama Semanis Senyuman Adam
Terlalu panjang list untuk MinSha ucap terima kasih tak terhingga. Kemenangan ini bagi MinSha adalah kemenangan Cookpadians semua.Kerana Cookpad MinSha cipta resipi simple supaya Cookpadians dapat menjala dengan mudah & gembira kerana berjaya hasilkan sesuatu yang cantik. Cicah roti jala mudah guna susu manis inspirasi @KakLat , design by @Mrs_Watermelon85 & tak lupa HOST cabaran Masak Apa Guna Premix. Of course Adam pun kena selit guna kerana menggunakan kuasa senyuman manisnya untuk buat MinSha tunduk akur dan join contest ni last minute dan guna pattern watermelon sebab Adam memang hantu semangka. Tq Cikgu Video Focapix Hazrezal Ahmad di atas ilmu dunia videografi. Cikgu yang tak pernah lokek kongsi jika ada ilmu baru. Sentiasa kongsi tanpa perlu repeat kelas beliau.Alhamdulillah MinSha dapat abadikan kenangan resipi & kemenangan ini di Cookpad. This is for you Cookpadians 💗💗💗.Oh lupa nak tambah. Resipi Roti Jala Tanpa Telur. Jadi tak perlu risau nak menjala kalau tak ada stock telur. 😊 MinSha -
Tumpik @ Lempeng Sarawak Tumpik @ Lempeng Sarawak
Masa MinSha post tentang Cooksnap Theme #1 - #cooksnaptepung , Cookpadians terus bincang menu mudah nak cooksnap. Tak perlu menu fancy. Menu harian pun cukup.Jadi keluar pulak tajuk tentang tumpik ni.Memang dari kecik MinSha makan ni cicah susu pekat manis. Kalau part yang rangup crunchy tu takyah citer. Memang semua berebut nak makan part tu! 🤣Arini MinSha nak masak resipi ni supaya kawan-kawan semenanjung boleh try. Dan jugak si Qysha leh try. Belum pernah lagi masak untuk dia. Alhamdulillah tak berenti dia makan. Siap kena bancuh adunan lagi sekali.Selamat mencuba geng! 😘 #goldenapron2020 MinSha -
Puding Tembikai 🍉🍉🍉 Puding Tembikai 🍉🍉🍉
#goldenapron#saturesipisatupohon#1recipe1tree#teamtress#week20 Masa buat puding ni untuk join satu contest di facebook. Dah la last minute join ingat tak sempat dah nk buat. Tapi anak² la semangat lebih pujuk ummi dia suruh juga join. Seronok katanya tengok ummi kalau menang. Aduhaii anak. Sebenarnya depa suka nanti ummi masak² depa dapat rasa. Tu yg betulnya hihi. Kadang join contest bukan tamak hadiah semata² tapi buatkan kita berfikir lebih kreatif dan berdaya saing. Menang itu rezeki tapi jika kalah positifkan diri.Happykan diri join the contest. Macam dalam cookpad dapat sijil pun dah suka sangat.Tempat lain mana dapat sijil mcm ni kan. So kita enjoyyy 😂😂😁😁 Mawar Wilsa -
Roti Jala Rose Roti Jala Rose
Bercinta sangat nak membuat roti jala rose sampai rasa serik nak buat. Kebetulan ada cabaran roti jala marvelous dan tempoh masa nya cuma tiga hari. Aduh! Memang tak sempat nak kejar tetapi dalam hati nak cabar diri sendiri sebab tengok kawan-kawan buat macam senang jer. Saya ada pengalaman yang buruk dulu ketika mencuba resipi di pak google asyik tak menjadi sampaikan saya rasa nak menangis dan give up. Kadang tu resipi yang kita google tak semesti nya sentiasa menjadi. Mungkin ada tersalah teknik atau sebagai nya. Tengok tarikh cabaran di banner bermula sama tarikh saya menerima 1st dose vaksin dan balik dari vaksin saya mengalami tindak balas seperti pening, mual dan sakit badan. Harapan nak buat roti jala selepas balik dari vaksin terpaksa saya tangguh. Keesokan hari nya kesan tindak balas tu masih ada kecuali rasa sakit badan tu dah berkurang. Tangguh lagi hingga lah pada hari ini (nasib baik dilanjutkan lagi sehari). Kali ini saya nak cuba resipi salah seorang cookpader @hana25_7someday Dan tak sangka rupanya tak lah sesusah mana pun hendak membuatnya. Gembira nya rasa nak melompat ke awan je. Terima kasih Hana kerana berkongsi resipi yang menjadi. 🌹😘 Ingatkan nak buat bentuk logo Cookpad sebab tu je warna-warna yang ada di dapur tetapi tangan masih keras lagi (tangan tak berseni) Dapur Yusfarisyia -
Roti jala Roti jala
Menyahut cabaran bonus.saya bukan jenis penyabar.,sebab tu saya tak mampu nak buat roti jala ros atau sebagainya.bagi saya orang yang buat roti jala rose tu memang gigih dan penyabar.Saya hanya mampu buat roti jala gulung jer sebab saya bila buat sesuatu nak cepat siapnya😄 Lily Suryani Mohd Ali -
Roti Jala Kekwa Roti Jala Kekwa
Resepi ini inspirasi dari admin cookpad @sasha_sabrina . Terpesona betul dengan kejelitaan roti jala succellent beliau. Tu yang nak buat jugak tu!Memang jadi! Yang kelakarnya, baru perasan lupa letak telur! Tapi masih sedap dan lembut. Teroma kasih banyak ya minsha. Mardiana Jaafar -
Roti jala berhias Roti jala berhias
Roti jala pertama sy 😁 sebelum ni x pernah buat roti jala, tau tunjuk kt kedai je, kali ni teringin pulak nak cuba bila tengok mak sedara hari2 buat roti jala yg cantik jelita tu. Kebetulan pulak ada contest carnation terus la try design carnation,Alhamdulillah. Roti nya lembut dan sedap, makan plak dgn sekaya, mmg terangkatla 😋😋😋 Atie SweetChocbakeries
Lebih Banyak Resipi
Komen (9)