Kuah Rojak Buah

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Kuah rojak buah makan selepas berbuka puasa atau Tarawih pun sedap 😉 #PinkBoxCereal #Cook4ShafVol2 #KicapDanCili #PeraduanResipi #CookpadMalaysia #CookpadMY

Kongsi

Ramuan

1jam 30minit
  1. Bahan Kuah :
  2. 250 mlkicap lemak manis
  3. 200 gmsos cili
  4. 200 gmcili kisar
  5. 250 gmgula pasir
  6. 250 gmgula merah
  7. 50 gmsos tomato
  8. Belacan (kuantiti ikut citarasa)
  9. Bijan
  10. Otak udang (optional)
  11. Cadangan Bahan Buah :
  12. Jambu batu
  13. Sengkuang
  14. Nenas
  15. Betik (separuh masak)
  16. Mangga Muda
  17. Timun
  18. Jambu air
  19. Kedondong

Cara Memasak

1jam 30minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Untuk sukatan ikut citarasa pun boleh. Mana-mana yang nak lebih, boleh dilebihkan begitu juga yang nak dikurangkan.

  2. 2

    Campurkan kesemua bahan ke dalam periu. Masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih.

  3. 3

    Masukkan bijan dan kacau sebati.

  4. 4

    Masak sehingga kuah menjadi pekat dan likat. Tutupkan api dan sejukkan seketika sebelum dihidang.

  5. 5

    Hidangkan kuah rojak dengan buah-buahan seperti jambu batu, sengkuang, nenas dan betik (separuh masak). Sekiranya ada buah-buahan lain seperti mangga muda, kedondong, timun dan jambu air pun boleh. Selamat mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya