Bubur Ikan Salmon

Bubur nasi antara menu kegemaran kak del. Sejak kecil mak kak del suka buat bubur berlauk untuk sarapan pagi.
Pasar Bentayan Muar ada gerai-gerai jualan pelbagai makanan malam yang di buka setiap hari. Ayah kak del selalu bawa kami ke sini semenjak kecil lagi. Antara menu mereka seperti Yong Tau Fu, sate, mee bandung, bubur dan pelbagai juadah lagi. Sedap-sedap makanan mereka. Sehingga sekarang pun masih lagi wujud gerai-gerai jualan ini.
Cuma kali ini bubur nasi kak del pelbagai kan sebab masak untuk anak pula. Terutama untum menu si baby. Almaklum anak kak del ramai 5 orang jadi menu bubur nasi pun ada pelbagai versi.
Olahan resepi kali ini kak del ambil dari sharing Chef Amer. Memang sedap sangat tau. Mehlah cuba ye. Mudah sahaja resepi nya. Boleh sahaja guna isi ikan seperti kerapu, tenggiri, senangin, siakap dan salmon. Cuma perlulah perisikan ikan dengan membuang tulang dahulu ye. Nanti tercekik pula anak makan bubur ini.
Selamat mencuba.

Cara Memasak
- 1
Basuh beras untuk buang hapak beberapa kali. Toskan dan masukkan air. Masak hingga beras menjadi bubur. Jika ada periuk tekanan boleh gunakan mengikut mode yang disediakan.
- 2
Panaskan kuali dan goreng bawang putih bersama halia hingga kekuningan dan angkat. Masukkan ke dalam bekas bubur. Masukkan juga isi ikan, serbuk pati bilis, serbuk lada putih dan garam. Tutup api bubur dan gaul rata. Biarkan isi ikan masak dengan haba dari bubur tersebut. Tutupkan periuk dalam 1 minit. Jika kurang masin boleh tambahkan garam ke dalam bubur anda.
- 3
Masukkan minyak bijan dan dan daun bawang. Sedia dinikmati.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen