Daging Dendeng Mak Nani

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron2020
#mingguke20

Assalamualaikum semua 👋🏻
Kali ini, saya mencuba resipi dari teman kesayangan saya. Dah lama simpan resipi daging dendeng Cik Nani. Baru sekarang saya berani mencuba. Daging dendeng ini adalah percubaan kali pertama yang saya masak. Selama ini saya makan saja masakan orang. Rupanya tak rugi untuk dicuba.
Cuma saya olah sedikit dengan meletakkan serai kerana saya nak mengelakkan bau daging. Saya agak cerewet dan juga sedikit sensitif dengan bau daging. Dengan adanya serai dan daun limau, Alhamdullillah bau daging tu tiada. Anak-anak pun makan dengan seleranya. Bertambah-tambah nasi pula tu. Sebab tu la nama menu ni anak- anak saya yang bagi. Mereka panggil Cik Nani sebagai Mak Nani.
Saya juga pautkan resipi asal Cik Nani untuk you all tengok 👇🏻

https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/9268888-dendeng-pak-zakir-pinkboxcereal-kicapdancili?via=profile

Jangan lupa cuba ya 😍
Terima Kasih CN sebab berkongsi resipi 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 1/2 kgdaging
  2. 3biji bawang besar (dikisar)
  3. 5-6 ulasbawang putih (dikisar)
  4. 4 batangserai (ketuk hancur)
  5. 1/2 cawancili kisar
  6. 1/2 cawankicap manis
  7. 3sudu besar kicap masin
  8. 1sudu besar gula merah
  9. 1/2sudu kecil pes asam jawa
  10. 4 helaidaun limau purut
  11. 2 cawanminyak masak (untuk menggoreng & menumis)

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih daging, kemudian rebus selama 30 minit. Toskan air, hiris daging nipis. Tumbuk daging hingga pecah urat sahaja bukan pecah batu lesung kata Cik Nani.

  2. 2

    Panaskan minyak, goreng daging kemudian toskan minyak. Ketepikan. Sambil tu boleh rasa seketul 2 daging yang telah digoreng tadi. Sedap la juga.

  3. 3

    Dengan menggunakan minyak yang sama, (saya kurangkan sedikit minyak). Tumis bahan-bahan yang dikisar berserta serai sehingga pecah minyak dan berbau haru. Masukkan kicap manis & kicap masin. Gaul sebati.

  4. 4

    Masukkan pes asam jawa dan gula merah. Tuangkan daging yang sudah digoreng tadi. Perasakan secukupnya kemudian taburkan daun limau dan gaul rata. Siap dinikmati dengan nasi panas. Nasi sejuk pun boleh. Polis tak marah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Resipi Sepertinya