Sambal Ayam Penyet Aidilfitri

143/2026 (2485/2500)
Ramadan 2026: Raikan Aidilfitri 🕌🌙
Alhamdulillah..menu utama open house Aidilfitri kami tahun ni ialah Nasi Ayam Penyet. Walaupun kebiasaannya lauknya ialah ayam, tapi Uchu tetap masak lauk tambahan lain iaitu gulai kawah daging dan daging bakar air asam. Apabila makan nasi putih, biarlah ada pilihan pelbagai lauk lain juga selain ayam. Kadang-kadang orang-orang tua/dewasa tak berapa gemar ayam.

Cara Memasak
- 1
Nota: gambar/video adalah berdasarkan sukatan bagi sambal yang telah digandakan, untuk 35 ekor ayam goreng.
- 2
Dengan menggunakan sebahagian minyak jagung dari sukatan di atas, goreng daun limau purut, cili merah besar, cili hijau besar, cili padi merah, cili padi hijau sehingga layu. Tos dan ketepikan.
- 3
Goreng juga bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
- 4
Akhir sekali goreng tomato secara berasingan sehingga layu. Tomato digoreng terakhir kerana sifatnya yang berair.
- 5
Campurkan semua bahan yang digoreng ke dalam mangkuk pengisar bersama baki minyak menggoreng tadi. Kisar separa lumat sahaja. Kisar bahan goreng ini berperingkat beberapa kali disebabkan kuantiti yang banyak. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
- 6
Kisar semua bahan perasa.
- 7
Masukkan bahan perasa ke dalam kuali bersama bahan dikisar tadi. Tambahkan lagi minyak jagung. Masak sambal penyet sekali lagi sehingga cantik warnanya.
- 8
Sedia dihidangkan sambal penyet bersama set nasi ayam penyet atau sebagai pencicah untuk makanan lain yang sesuai..
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen