Paprik ayam simple

Layan permintaan anak perempuan nak makan PAPRIK ayam hari ni.Memang kegemaran kakak tia betul... kalau masak menu ni, mau dua tiga kali tambah nasi! Kejap-kejap ke dapur makan😂 sekali g dapur licin semua PAPRIK ayam😂

Cara Memasak
- 1
Gaulkan isi ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng dalam minyak panas sehingga garing/masak. Angkat dan toskan.
- 2
Gunakan minyak yang sama, layukan bawang holland, putik jagung, karot, kacang buncis, dan cili merah sebentar sahaja. Angkat dan toskan.
- 3
Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis pes tomyam, sos cili dan sos tiram sehingga sebati. Tuangkan air dan masukkan daun limau purut. Biarkan kuah mendidih
- 4
Masukkan ayam dan sayur-sayuran yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Taburkan daun ketumbar, gaul rata sehingga kuah bersalut cantik dan sedia untuk dihidangkan!
Tip
Sukatan sos cili dan sos tiram di atas dah cukup seimbang dengan 1 sudu pes tomyam untuk portion 500g ayam ni. Kuah akan dapat rasa masam, manis dan sedap tanpa perlu tambah garam/serbuk perasa lagi.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen