Daging Kam Heong || { Kam Heong Beef }

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Raya Haji esok ni tapi tak tahu nak masak apa? Setiap tahun makan yang sama saja. Mungkin inginkan kelainan dan sesuatu yang istimewa? Pernah cuba masakan kam heong? Haaaa okay kali ni saya nak share menu istimewa iaitu Daging Kam Heong.
Raya korban tahun ni tak dapat balik ke mana2. Tak dapat balik Kelantan mahupun Johor. Tersekat di ibu kota yang padat bersama anak bini. Takpe la mungkin takde rezeki tahun ni nak berkumpul dengan sedara mara. Jauhi covid, patuhi sop. Kita jaga kita.
Apa-apapun terima kasih kerana sudi simpan dan cuba resepi saya ni. Saya suka share dan saya juga suka ambil ilmu dari org lain. Belajar dan terus belajar.
Ok dah jom masak!

Cara Memasak
- 1
Ini adalah contoh bahan yang disediakan.
- 2
Pertama sekali, tumis udang kering dan bawang putih hingga kekuningan dan sedikit garing.
- 3
Kemudian, masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan daun kari. Tumis hingga sekata dan naik bau.
- 4
Setelah itu, masukkan serbuk kari. Tumis seketika.
- 5
Kemudian, masukkan bahan sos mengikut sukatan yang telah diberikan.
- 6
Masukkan 1 sudu teh minyak bijan dan 1 sudu teh kicap pekat.
- 7
Untuk perasa pula, masukkan 1 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam. Rasa adjust sendiri. Kalau masin, tambah sikit air.
- 8
Masukkan hirisan daging dan masukkan juga ½ cawan air untuk empukkan daging. Didih hingga air kering dan daging mulai empuk.
- 9
Sedia untuk dihidang. Untuk video masakan boleh singgah youtube channel di bio saya.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen