Risoles Sayur

Kali ini cikgu kongsikan satu juadah seakan popiah iaitu RISOLES SAYUR. Risoles ini berasal dari negara jiran, Indonesia 🇮🇩. Ia mempunyai kulit yang lembut dan rangup. Kulitnya seakan-akan lempeng, disalut bersama serbuk roti dan digoreng garing.
Jadi cikgu telah menggunakan Onions & Chive Wraps @missionmy sebagai kulit risoles kerana tekstur wrap ini sangat lembut dan tidak terkoyang jika digulung. Intinya pula diperbuat daripada sayuran-sayuran seperti kentang dan lobak merah bersama sup cendawan & kentang daripada Campbell’s menjadikan inti ini sangat pekat dan berkrim. Salutan luarnya pula daripada oat menjadikan risoles ini garing, lebih berkhasiat dan lazat.

Cara Memasak
- 1
ISI: Panaskan kuali bersama mentega dan minyak masak.
Tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata.
Masukkan 1/2 cawan air. Tutup kuali. Masak sehingga kentang empuk.
Masukkan sup cendawan dan kentang Campbell’s dan 1/2 cawan air. - 2
Kacau rata dan masak sehingga kuah betul-betul pekat.
Taburkan daun sup dan tutup api.
Sejukkan. - 3
BANCUHAN TELUR: Satukan telur, tepung gandum dan garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata.
- 4
Ambil sekeping wrap. Letak inti ~2 sb.
Lipat dan gulung wrap.
Sapukan bancuhan tepung pada hujung wrap yang telah digulung. - 5
Celupkan risoles ke dalam bancuhan telur, tos dan golek-golekkan ke atas oat.
Goreng risoles sehingga kuning keemasan.
Angkat, tos dan sedia untuk dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (6)