Ayam goreng ala korea

Rasa nak makan ayam goreng ala² korea . tidak terlalu pedas dan manis .. Tengok macam senang tapi banyak cara buat🤭😋 ambik dr google resepi
Ayam goreng ala korea
Rasa nak makan ayam goreng ala² korea . tidak terlalu pedas dan manis .. Tengok macam senang tapi banyak cara buat🤭😋 ambik dr google resepi
Cara Memasak
- 1
Perap ayam dengan sedikit tepung gandum.. Gaul dan biarkan selama 10 minit.
- 2
Cuci ayam hingga bersih dan toskan # supaya ayam tidak bau hanyir#
- 3
Tumbukkan bahan bawang putih dan halia sehingga lumat dan halus ketepikan sekejap.
Selepas tu tumbukkan lagi biji black paper gula dan garam. sehingga hancur dan sebati - 4
Masukkan semua bahan ditumbuk tadi ke dalam ayam. gaul rata restkan selama 30 minit # saya simpan dalam peti ais sekejap.. Perapkan
- 5
Sementara tunggu ayam diperap. sangaikan biji bijan dalam kuali tanpa minyak cukup sekadar warna betukar. api kecilkan dan ketepikan sekejap
- 6
Sementara tunggu masakkan sos ayam goreng dahulu. Panaskan kuali dan sedikit minyak masak masukkan bawang putih dicincang halus biarkan kekuningan.
- 7
Masukkan cili kisar gaul sebati. terus masukkan sos cili dan sos tomato. Dan sedikit brown sugar gaul sebati
- 8
Masukkan minyak bijan. cuka, garam dan sedikit perasa gaul sehingga pecah minyak
(rasa kan mengikut rasa masing²)
Biarkan sekejap dan tutup api dan ketepikan. Ambil bahan sos je. Lebihan minyak jangan ambil - 9
Ayam yang diperap selama 30 minit tadi terus masukkan dalam perapan tepung gandum, tepung jagung. garam dan sedikit lada sulah. Gaul sebati
- 10
Panaskan minyak masak dalam kuali. masukkan ayam yang diperap dan digaul bersama tepung. Goreng hingga kekuningan dan garing
- 11
Masukkan gorengan ayam dalam kuali. dan masukkan sos ayam gaul sebati dan rata
- 12
Masukkan sedikit madu. biji bijan yang disangai dan sedikit hirisan daun bawang.gaul sebati
- 13
Tutup api dan sedia dihidang dan dimakan masa masih panas²
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Cahaya Farah bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi








































Komen