Ayam reneh kicap

Anak saya yang no.2 ni suka sangat dengan masakan yang berasaskan kicap. Baru berselera makan.
Ayam reneh kicap
Anak saya yang no.2 ni suka sangat dengan masakan yang berasaskan kicap. Baru berselera makan.
Cara Memasak
- 1
Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing. Masukkan ayam.
- 2
Biar air ayam keluar dan mengering, masukkan cendawan shitake. Masukkan air, kicap, sos tiram, serbuk masako ayam dan dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- 3
Kemudian tutup dengan tudung periuk, renehkan 20 minit dengan api kecil. Kalau kuah kering sangat boleh tambah air. Kalau suka kuah pekat boleh juga tambah tepung jagung (saya xletak pun). Selepas direnehkan. Boleh masukkan bawang besar. Kacau rata dan biarkan sekejap dan tutup api.
- 4
Bolehlah dihidangkan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi











Komen