Nasi Goreng Cina

👩🍳 Cookpad Apron 2026 👩🍳
.
#CookpadApron2026
#CA2026
#Week7
#PagipagiDahSedap!
#MakeEverydayCookingFun
.
Masih ada leftover nasi putih semalam. So sebab taknak membazir kakak jadikan menu sarapan pagi iaitu Nasi Goreng Cina. Menu ni memang menjadi pilihan anak2. Kalau makan tu mesti bertambah2. Nak pulak ada keropok keping lagi la bertambah selera makan tu kan. Jom cuba resipi ini. Pasti tidak menyesal.

Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan batang daun bawang hingga keperangan.
- 2
Masukkan isi ayam, fish cake, udang dan cili padi, tumis hingga ayam masak.
- 3
Pecahkan telur, kacau hingga hancur dan sebati dengan bahan tumis.
- 4
Masukkan lobak merah, gaul rata.
- 5
Masukkan nasi putih sejuk, kacau hingga rata dan berderai.
- 6
Tambah sos tiram, sos ikan, minyak bijan, lada sulah, garam dan gula. Gaul rata.
- 7
Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang.
- 8
Hidang bersama keropok keping dan taburan hirisan cili padi.
- 9
Selamat Mencuba!
Tip
Hidangkan nasi goreng ini dengan keropok keping dan hirisan cili padi untuk menambah rasa.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)