Pai cheese berinti#KCHUP

Resepi ni hasil daripada mencuba produk pancake adabi.. 2,3 kali juga la cuba,mula mencuba dengan resepi mini pizza tetapi kurang sesuai,tukar pulak dengan apam balik inti tak jugak sesuai,tukar plk dengan shara berlauk semua menggunakan versi dari tepung pancake.Tapi tetap tidak menjadi dan tertarik mengikut tekak che'eyra.
Akhirnya..terpandang acuan pai yang telah lama dibeli,tapi tak pernah digunakan.Terdetik dihati apa yang aku perlu hasilkan dengan menggunakan acuan ni yea?? tak sangka dia datang sekali imbas mcmtu,maka terhasil la resepi ini..sesuai dengan rasa tekak che'eyra,sedap,pedas,mudah ,menyelerakan dan tertarik hahahahha...
So korang bolehla cuba resepi ni,tapi sukatan ni saya agak2 je sb saya kalau masak xpandai sukat-sukat,main campak2 je..hihihi😅🤣
SELAMAT MENCUBA!!

Cara Memasak
- 1
Mula-mula sediakan bahan yang diperlukan
- 2
Bancuh adunan tepung pancake mengikut arahan pada kotak.Tambahkan jagung ala krim kedalam adunan sekiranya adunan cair tambahkn 2,3 sudu tepung gandum dan sedikit garam,siap ketepikan.
- 3
Sapu bekas adunan dengan marjerin,kemudian masukkan adunan tadi kedalam bekas satu persatu.Letak inti diatas adunan,untuk cara masak inti boleh tengok bahagian bawah..
- 4
Tabur daun sup,daun bawang,cili merah dan cheese dibahagian atas adunan.
- 5
Kemudian bakar pada suhu 160c selama 15-20minit atau ikut oven masing-masing.
- 6
Untuk inti,tumis bawang sehingga layu,masukkan daging biar kejap baru masukkan jagung..
- 7
Kemudian masuk bahan lain seperti cili benggala,kiub ayam,lada hitam dan
lada putih. - 8
Masukkan garam dan gula secukup rasa.Picitkan sedikit sos cili dan akhir sekali masukkan bawang hirisan untuk bangkitkan aroma yg inti tadi.Siap digunakan untuk adunan pai kita..
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen