Kuih Bom Ikan @ Paung Sambal Ikan

#CookpadApron2026
#KuihTradisional
Kuih Bom Ikan atau Paung Sambal Ikan merupakan kuih tradisional dari negeri kelahiran saya iaitu Terengganu. Beza kuih bom ni ialah ia tidak di salut dgn bijan seperti kuih bom biasa tu.. Kulitnya di buat daripada tepung pulut sebagai bahan utama, manakala intinya menggunakan ikan selayang/sardin yg di campur bersama bawang, halia & halba yg memberikan rasa unik pada inti kuih bom ini. Intinya sama di gunakan utk buat Temosa (karipap inti ikan), Pulut Lepa & Kuih Ropa. Saya buat utk sarapan saya sekeluarga pagi ni.. suami bertambah2 makan sampai tak sedar dah habis, tangan masih meraba-raba dlm pinggan..tengok2 dah tak ada..hahaa..

Cara Memasak
- 1
Rebus ikan bersama air, asam gelugur & garam hingga masak.
- 2
Asingkan isi ikan dengan tulang. Kemudian, tumbuk halus
- 3
Di dlm kuali, satukan isi ikan yg telah di tumbuk, bawang, halia, halba, santan, air rebusan ikan
- 4
Campur juga garam & gula. Kacau rata di atas api sederhana hingga agak kering. Tutup api & sejukkan
- 5
Kulit 👉 Satukan tepung pulut, tepung gandum & kelapa
- 6
Kacau gula & garam di dlm air, kemudian tuang sikit2 ke dlm tepung tadi
- 7
Gaul hingga menjadi doh yg agak lembut
- 8
Ambil sikit doh, leperkan & letak 1 sudu besar inti. Tutup & gentel bulat. Dapat dlm 40-50 biji, bergantung pada saiz. Rehatkan semalaman di dlm peti ais, tips supaya bom tidak meletop ketika di goreng
- 9
Masukkan kuih bom ke dlm minyak yg belum panas. Buka api sederhana kecil, kacau2 sekali sekala supaya bom tak melekat antara satu sama lain. Goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan
- 10
Toskan & sedia di hidangkan.. Bulat getey orang Terengganu cakap..hihii
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen