Lawar Terung

fuzahid
fuzahid @cook_17440498

Teringat masa kecil-kecil, balik dari sekolah lapar ya amat. Tapi mak dengan abah baru pulang dari ladang sawit. Laparnya bukan kepalang. Ingatkan boleh terus makan bila balik dari sekolah. Waktu tu mana tahu bersabar.

Sebagai seorang mak yang prihatin, mak akan masak masakan paling cepat di masak. Antara menu simple dan cepat yang mak akan buat adalah lawar terung. Di lawankan dengan ikan masin atau ikan goreng dan sambal belacan.

Saya kongsikan resepi ringkas yang menggamit kenangan silam saya ketika kecil. Selamat mencuba! #goldenapron #klselangor #25ogos #dutacookpad

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4biji terung panjang
  2. 3biji bawang merah kecil
  3. 5biji cili padi
  4. 3biji limau kasturi
  5. 1 cawansantan pekat
  6. 1sudu kecil garam
  7. 2sudu ikan bilis di goreng tanpa minyak
  8. Secubit gula

Cara Memasak

  1. 1

    Bakar terung sehingga kulit kehitaman dan garing.

  2. 2

    Buangkan kulit terung yang hangus. Lagi hitam, garing lebih senang nak buang kulit terung tersebut.

  3. 3

    Panaskan santan di atas dapur. Sekadar suam2 sahaja. Tak perlu mendidih. Boleh tuangkan ke dalam terung bakar tadi.

  4. 4

    Hiriskan bawang merah, cili padi dan campurkan semua termasuk ikan bilis ke dalam santan dan terung bakar tadi. Perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula. Lawar terung siap untuk di hidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
fuzahid
fuzahid @cook_17440498
pada

Komen

Resipi Sepertinya