Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Buatkan inti terlebih dahulu. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang merah yang telah dikisar bersama serbuk kari,jintan manis,jintan putih dan ketumbar. Tumis sehingga pecah minyak.
- 3
Masukkan daging burger kedalam bahan tumisan. Gaul rata sehingga daging burge hancur dan sebati bersama bahan tumisan. Perasakan garam dan gula.
- 4
Pecahkan telur dan gaulkan telur bersama inti yang telah siap dibuat. Sapukan butter di atas roti. Letakkan sedikit butter di dalam kuali kemudian masukkan bancuhan telur yg telah digaul bersama inti. Kemudian letakkan roti di atas bancuhan telur yg telah dimasukkan ke dalam kuali. Pastikan roti dan bancuhan telur melekat dan masak cantik.
- 5
Letakkan sos cili dan mayonis ikut selera. Siap untuk dihidangkan. 🤗
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Roti John Roti John
Bulan puasa lepas, banyak kali juga masak roti john nie cuma tak sempat nak snap gambar. Maklum lar asyik kalut nak buka puasa dan terlupa jea. Bulan puasa masa musim pkp agak susah nak dapatkan roti john. Maka timbul la kerajinan untuk masak sendiri sebab teringin nak makan. Hari ini masak lagi roti john kebetulan bahan-bahan semua ada kecuali roti jea baru beli. Bosan asyik makan menu berat, apalagi masak menu nie pulak untuk makan malam. Alhamdulillah memang feberet anak-anak dan sekejap jea licin 😋🙊#goldenapron2020 #minggu7 Noor Hassan -
Roti John Mini Roti John Mini
#bazaarramadan #goldenapron2020Tiap kali ke bazar ramadan mesti menu ni ikut balik. Dah jadi macam tradisi pula 😅. Kali ni kami buat sendiri roti john ni. Tahun ni ramadan tiada bazaar. Anak-anak cakap puas hati makan sebab boleh letak macam-macam sos dan inti pun boleh banyak. Syima Yusof -
Tuna Roti John Tuna Roti John
Setiap kali bulan puasa aku suka beli roti john kat bazar ramadhan. Rindu nak pegi tahun ni.Bila dh teringin nak makan ni aku buat la sendiri roti john kat rumah. Tapi aku buat yang mudah je la. Sap sap soiii siapppp. Fuhh sedap jugak rupanya.Kebetulan ada cabaran masak max 6 bahan. Apa lagi submit je la.Silap silap tahun ni tak pegi dah bazar ramadhan. Kita buat sendiri lagi jimat. Hehee. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Roti John Sos Thai Roti John Sos Thai
Resepi Roti John yang paling sempoi dan simple.Yang penting sodapppp!#goldenapron2020 Kakak Faa -
Roti john daging homemade Roti john daging homemade
Time bulan puasa, Menu wajib beli kalau ke pasar malam ialah roti john..tapi kalau dah teringin sangat boleh lah buat sendiri..letak inti banyak2... memang puas hati.Resepi roti John sedap daging berempah ni Memang wajib try 😍Resepinya saya ringkaskan ye.. Elley ana -
Roti John Derhaka 😝 Roti John Derhaka 😝
Ni nama dia Roti John Derhaka 🤨. Roti sosej takde, daging kisar takde, tapi nak makan roti John jugak. Roti tukar Gardenia, daging pakai daging burger 😌. Credit recipe Khairulaming, obviously! 😝 #bazaarramadan #goldenapron2020 Shud -
Roti John Belah Tengah Roti John Belah Tengah
#merdekapassportRoti john untuk Kuala Lumpur. KL ni macam WP yang lain, agak sukar nak cari resepi yang memang authentic dari sana. Hasil gugel antara makanan popular dan menjadi pilihan adalah roti John.Roti John Belah Tengah ni popular di ampang Kuala Lumpur. Terdapat sedikit kelainan berbanding roti john biasa, rotinya dibelah tengah dari atas serta terdapat variasi inti untuk dipilih. Mesti sedap kan 😋. Nanti bila dah boleh p KL kita cari dan rasa.Resepi roti john yang saya share ni adalah simple saja, tapi sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Norashikin Rahmat -
Roti John Roti John
#telurantarabangsa #goldenapron2020 Menu kegemaran anak-anak ni, Roti John. Menu wajib ada time berbuka puasa ni. Setiap hari hubby balik kerja akan singgah di bazar ramadhan semata nak beli ni tuk anak-anak. Simple je sebenarnya buat ni tapi biasa la kadang mak diorang ni pun masak ikut mood jugak😂😂. Ni Aznie buat pagi tadi, Aznie bubuh isi ayam. kalau ada daging cincang pun sedap tau. Aznie #cooksnap resepi dari Kak Wan. Terima kasih Kak Wan, sedap. Anak-anak suka sangat. Hari ni tak berapa sihat juga sebenarnya kepala masih terasa pening lagi, tapi masih boleh masak. hihihi.. semangat kalau bab memasak ni. Pagi tadi hantar gambar ni kat hubby ditempat kerja. Kalau petang ni ok buatkan satu untuk abang katanya. Dah agak dah mesti hubby pun nak. Nasib tinggalkan inti sikit tadi, boleh la buat tuk hubby balik kerja nanti. Memasak itu terapi, seronok tengok orang makan. Itu dah cukup membahgiakan.😍 Aznie Khasri -
Homemade roti john Homemade roti john
Bulan puasa ,pasti kita teringin menikmati roti john, musim pkp tiada bazar tapi kita boleh buat sendiri bukan? Jomla mencuba#goldenapron2020 Atam Ayu -
Roti Sosej Cheese Roti Sosej Cheese
#goldenapron#saturesepisatupohonMinum petang kali ini saya sediakan menu yang cukup ringkas dan merupakan menu kegemaran suami dan anak-anak. Roti sosej cheese sedap di makan tidak mengira waktu sama ada sarapan pagi, minum petang dan juga jika ada majlis-majlis tertentu. Jom cuba🤗NurDiana Rosli
Lebih Banyak Resipi
Komen