Masak Lemak Telur dan Tomato

6 orang bercadang membuatnya
SuzieR
SuzieR @suzie_R
Ampang, Selangor

#goldenapron
Bila kemalasan melanda dan lauk pun tak pegi beli lagi makanya kita masak apa yang ada sahaja. Sedap kuah lemak ni, nak pedas tambah cili padi jer. Anak-anak tak makan pedas maknyer kena add on sambal belacan on the side lahh..😁

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

20-30minit
satu hidangan
  1. 3-4biji telur ayam
  2. 1biji tomato
  3. 1labu bawang besar
  4. 1tangkai cili merah
  5. 2 ulasbawang putih
  6. kepingSekeping asam
  7. 200 mlsantan kotak
  8. Sedikitgaram atau serbuk perasa

Cara Memasak

20-30minit
  1. 1

    Bawang besar, bawang putih dan cili merah di kisar atau tumbuk

  2. 2

    Masukkan santan dan sedikit air (jika tak suka pekat sangat) Boleh dikurangkan santan pekat dan ditambah air mengikut kesesuaian rasa. Tambah sedikit serbuk kunyit untuk warna (optional) Masukkan asam keping tadi bersama.

  3. 3

    Baru lah letak di atas dapur yang sederhana besar apinya. Kacau sehingga mendidih.

  4. 4

    Kecil kan api dan pecahkan telur ke dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam kuah tadi. Ini untuk mengelakkan bercampur dengan serpihan kulit telur. Buat begini satu persatu sebanyak mana telur yang diperlukan.

  5. 5

    Biar seketika sehingga telur mengeras. Kacau perlahan lahan dan masukkan tomato yg telah dipotong.

  6. 6

    Tambahkan garam atau Maggi secukup rasa secukupnya. Dah siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

SuzieR
SuzieR @suzie_R
pada
Ampang, Selangor
Isteri dan mama kepada 2 notty boys. Suka mencuba resepi simple utk hidangan suami dan anak2. Pandai menderhaka pada resepi yg tersedia semata2 nak ikut sedap tekak sendiri. ahahaha 😆
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan