Apam Lenggang Lemak Manis

#goldenapron #saturesepissatupohon
#nutrifest
Resepi yang mudah dan sedap. Rasa lemak manis tu yang buat anak-anak berebut nak makan. Kami makan tanpa cicah hari ni. Nak cicah pun boleh. Ikut lah masing-masing punya selera. Cuma pada saya nikmat lagi makan kosong begini.
Apam Lenggang Lemak Manis
#goldenapron #saturesepissatupohon
#nutrifest
Resepi yang mudah dan sedap. Rasa lemak manis tu yang buat anak-anak berebut nak makan. Kami makan tanpa cicah hari ni. Nak cicah pun boleh. Ikut lah masing-masing punya selera. Cuma pada saya nikmat lagi makan kosong begini.
Cara Memasak
- 1
Sediakan semua bahan. Masukkan bahan kering dahulu dalam bekas/mangkuk. Kemudian perlahan-lahan masukkan bahan basah dan kacau sebati supaya tidak berketul sangat.
- 2
Adunan yang telah sebati boleh disimpan dan perap selama lebih kurang 1 jam setengah. Selepas perap adunan akan mengembang dan sedikit berbuih. (Jika menggunakan instant yeast, perap dalam 30-45minit sahaja)
- 3
Panaskan kuali dan lenser dengan sedikit minyak. Apabila kuali betul-betul panas ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah kuali. Angkat kuali dan pusing supaya adunan apam nipis sedikit. Ini terpulang, jika suka tebal pusingkan kuali sedikit sahaja pun boleh. Tutup kuali untuk membiarkan apam lebih cepat masak.
- 4
Apam yang telah siap dimasak akan sedikit garing keperangan di bahagian tepi apam itu. Lipat dua/gulung apam dan sedia untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Cara Tanpa Gluten Kuih Cara Tanpa Gluten
#goldenapron #nutrifest #saturesepisatupohonKuih cara ni lama tak makan. Sebab cuti sekolah anak semua ada rumah ibu pun syok buat makan-makan. Pilihan lebih sihat Insya Allah. Pastikan penggunaan santan segar kerana santan mengandungi kolesterol baik jadi tidak perlu takut menggunakan santan. Rosmanita Fsi -
Cakoi Sourdough Cakoi Sourdough
#goldenapronAda yang panggil cakoi..ada yang panggil paktongku. . Apapun memang feveret kami sekeluarga. Makan kosong pun dah sedap. Kalau nak cicah dengan kuah kacang, kari, sambal tumis, kuah manis dan apapun boleh. Jom lihat step by step. Rosmanita Fsi -
Apam Seri Ayu Coklat Apam Seri Ayu Coklat
#goldenapronDisebabkan anak-anak tak suka kelapa parut dan cheese makanya ibu buat apam kosong saja tapi letak 2 kaler. Rosmanita Fsi -
Apam Gebu Sihat Apam Gebu Sihat
#goldenapronGebu walaupun tanpa tepung gandum. Insya Allah sesuai untuk yang ada pelbagai alahan. Kerap buat tapi nak post resepi nya selalu lambat😊 Nak cuba rasa apam Gebu lembut tanpa tepung gandum? tak rugi cuba Insya Allah boleh makan tanpa was was. Rosmanita Fsi -
Bebola / Sosej Ayam Tanpa Gluten Bebola / Sosej Ayam Tanpa Gluten
Bila sesekali teringin, nak beli harga mahal. Anak ramai, maka kita pun buatlah sendiri. Kalau nak campurkan sayuran pun boleh sangat. Lebih sedap sekiranya dimasukkan bawang dan sayuran kisar. Cara terbaik untuk pastikan anak-anak makan sayur tanpa paksaan (parenting skill = level 10 haha).Buat kecil comel begini, anak-anak pun makan tak membazir dan tak berebut. Sesuai dijadikan 'finger food', bekal anak ke sekolah.#goldenapron #week13 #1post1hopev2 #glutenfree #bebasgluten Nihadriz Niha -
Kek Kulit Oren Kek Kulit Oren
#goldenapron#nutrifest#saturesepisatupohonKek feveret saya. Mudah dan cepat. Buahnya siap diperah buat jus dan kulit tak perlu bazir. Kita buat kek pula. Suka sangat bila gigit2 kulit oren. Walaupun tiada guna sebarang perisa atau pewarna tiruan tapi rasa nya sedap dan harum. Rosmanita Fsi -
Pau Coklat Pau Coklat
Pau guna tepung gandum unbleach saja Alhamdulillah cukup gebu. Disebabkan ibu malas isi inti dalam kuih pau ni jadi ibu buat ja lubang di tengah. Ok juga cara ni sebab boleh elakkan inti terkeluar masa kukus. Yang penting inti di tengah yang kita masukkan tidak terlalu cair (sedikit kental). Rosmanita Fsi -
Cekodok Pisang Cekodok Pisang
#goldenapron #saturesepisatupohon #nutrifestBila ada saja pisang memang wajib buat cekodok. Anak pun semua suka cekodok. Tapi wajiblah sorok pisang dulu takut tak sempet lembik pisangnya dah licin ditelan😅 Rosmanita Fsi -
Roti Jala Coklat Roti Jala Coklat
#goldenapron #sarapanMulakan hari dengan sesuatu yang merangsang emosi lebih segar dan ceria. Resepi tradisional yang dimodenkan sedikit kerana coklat kaya dengan fiber yang boleh membuatkan perut cepat kenyang juga merangsang otak kita dan anak-anak supaya lebih bertenaga untuk belajar dan melakukan aktiviti harian. Coklat yang lebih baik khasiatnya adalah dark coklat yang mampu berfungsi sebagai antioksidan dan menjaga kesihatan kulit kita. Banyak lagi kebaikan coklat dan dah tentulah sedap sampai anak-anak berebut nak makan 😊 Rosmanita Fsi -
Apam Balik Rice Cooker Apam Balik Rice Cooker
#goldenapron #periuknasiDisebabkan kuali non stick dah tak elok lagi jadi ibu memikir apa barang yang boleh digunakan untuk buat apam balik kesukaan anak-anak. Dah tetiba ada cabaran masak dengan rice cooker maka cuba sahut cabaran mudah-mudahan berjaya. Alhamdulillah walaupun rupa tak secantik apam balik di pasaran maklumlah rice cooker biasa-biasa saja janji yang penting anak boleh makan licin. Satu kepuasan untuk semua ibu bila anak makan licin dan sihat hasil air tangan ibu sendiri. Rupa no 2 kann😁 Rosmanita Fsi -
Karipap Minyak Telur Hancur Karipap Minyak Telur Hancur
#bonuspastry #goldenapron #saturesepisatupohonDah banyak hari fikir nak buat karipap sebab anak-anak memang suka. Tetiba ada bonus pastry ni jadi apa lagi laju lah buat. Cuma anak-anak memang suka kosong begini. Kalau letak macam-macam habis semua di kutip buang. Apapun dah siap semua bahan tetiba tak de pula butter.😅 Pakai minyak ja lah sedap sama juga. Rosmanita Fsi -
Pau Coklat Pau Coklat
#goldenapron #sarapanWaktu pagi sebaiknya dimulakan dengan sarapan yang berkhasiat supaya lebih bertenaga melakukan aktiviti harian. Selain memberikan rasa kenyang, coklat juga membantu pengaliran darah dengan lebih baik. Cuba elakkan makanan berproses, tinggi gula, pengawet dan pewarna tiruan. Anak-anak pasti gembira bila dapat makan coklat kan😊 Rosmanita Fsi
Lebih Banyak Resipi
Komen