Kueh Teow Sup Mudah

Marlianna Zainurra
Marlianna Zainurra @cook_19449193
Seremban

#ResepiPertama
#SatuPohonSatuResepi
#GoldenApron
#Nutrifest

Selalunya bila rasa tak lalu nak makan nasi,saya akan masak hidangan mee untuk anak-anak.Kali ni saya pilih Kueh Teow.Kalau ada Hor Fun,saya akan beli Hor Fun,tapi dah habis masa saya beli barang Di kedai.Selain di goreng,Sup pun sangatlah menjadi kegemaran saya.Sup versi saya ni cepat.Kalau dah lapar atau teringin sangat,ini lah hidangan yang akan dimasak.Sihat pun sihat sebab pakai minyak Masak sikit je.Jom kita Masak😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
3 orang
  1. 1bungkus Kueh Teow/Hor Fun (cucig
  2. 1/4ekor ayam (potong kecil)
  3. 12ekor udang size sederhana
  4. 5 ulasbawang putih (ketuk)
  5. Sepokok Sawi (potong kecil)
  6. 3mangkuk Stok ayam/Air
  7. 1 1/2Sudu Garam
  8. 1sudu serbuk Lada Hitam
  9. 2Sudu minyak masak
  10. Hidangkan bersama :
  11. Cili Padi campur kicap
  12. Bawang goreng

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Panaskan kuali.Masukkan bawang putih.Tumis hingga naik bau.Masukkan stock ayam/air.Biar mendidih.Masukkan ayam & biarkan sup mendidih sehingga ayam hampir Masak.

  3. 3

    Masukkan udang,kemudian masukkan sawi.Seterusnya masukkan kueh teow.Biarkan mendidih.Jangan masak terlalu lama agar bahan-bahan tak jadi lembik.

  4. 4

    Akhir sekali perasakan dengan garam & serbuk Lada hitam.Siappp😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Marlianna Zainurra
Marlianna Zainurra @cook_19449193
pada
Seremban
Ibu yang suka memasak untuk anak-anak,suami & keluarga.Suka Mencuba pelbagai resepi baik resepi lama mahupun yang baru.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya