Char Kue Teow Mukbang

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Hujung minggu kan, aktiviti paling popular selain buat kerja-kerja mengemas rumah adalah memasak. Kali ni bukan hakak masak, tapi suami hakak masak. Tapi nak share jugak kan di sini 😁 Biasalah kaedah lelaki ni masak memang versi fast & furious. Jadi kaedah menghidang pun, memang boleh diduga keadaannya kan.. Hehehe.. 🤭Semua dihidang dalam satu pinggan. Makan pun berkongsi dalam pinggan yang sama. Acah acah sweet gituu. Padahal, konsep dia. siapa lambat habis makan dia kena basuh pinggan tu 🙄. Dah tentu2, hakak yang selalu lambat makannya. Makan tak banyak mana. Tapi tak tahu, pasai apa selalu last habis makan ehh😅

Char Kue Teow Mukbang

25 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35minit
2orang
  1. 1bungkus kue teow halus
  2. 10ekor udang
  3. 1/2 cawanair (untuk merebus udang)
  4. 2 ulasbawang putih (dicincang halus)
  5. 3sudu besar cili kisar
  6. 5sudu kicap lemak manis
  7. 2sudu sos ikan
  8. 2sudu besar sos tiram
  9. 1mangkuk kecil taugeh
  10. 1mangkuk kecil daun kucai (dipotong panjang)
  11. 1biji telur
  12. 3sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara Memasak

35minit
  1. 1

    Udang dicelur seketika. Angkat dan toskan.

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili kisar sehingga naik bau. Masukkan air rebusan udang, kicap, sos ikan dan sos tiram. Masak sehingga mendidih.

  3. 3

    Masukkan taugeh dan kucai. Diikuti udang. Masak sehingga kuah agak kering. Barulah masukkan kue teow dan telur. Gaul sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

  4. 4

    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya