Peria Katak Goreng Telur

Masa en suami pegi klinik sebab batuk dan selsema, doktor ada ukur tekanan darahnya. Tinggi jugak bacaannya sehingga kena pantau hari-hari. Baru nak kena tekanan darah tinggi kata doktor. Balik dari klinik, dia terus pi pasar beli peria katak. Nak buat jus dengan epel hijau. Dia teringat petua arwah maknya (MIL akak).
Emmm... sekali je dia buat, belinya banyak. Tu la ceritanya. Kalau saja-saja nak beli, memang tak beli peria katak ni, pahit ya amat 😂. Sudahnya yang goreng ni pun akak dan mak je makan. Kak Lat suka, pahit tu kan ubat.
Peria Katak Goreng Telur
Masa en suami pegi klinik sebab batuk dan selsema, doktor ada ukur tekanan darahnya. Tinggi jugak bacaannya sehingga kena pantau hari-hari. Baru nak kena tekanan darah tinggi kata doktor. Balik dari klinik, dia terus pi pasar beli peria katak. Nak buat jus dengan epel hijau. Dia teringat petua arwah maknya (MIL akak).
Emmm... sekali je dia buat, belinya banyak. Tu la ceritanya. Kalau saja-saja nak beli, memang tak beli peria katak ni, pahit ya amat 😂. Sudahnya yang goreng ni pun akak dan mak je makan. Kak Lat suka, pahit tu kan ubat.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Basuh dan potong peria katak.
- 3
Rendam peria dengan garam (Kak Lat guna garam bukit pink) dan air lebih kurang 1/2 jam. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa pahit peria. Toskan.
- 4
Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
- 5
Masukkan peria kemudian serbuk perasa dan sos tiram.
- 6
Seterusnya, masukkan telur. Kacau sebati dan tutup api, tak perlu lama-lama. Biar telur tu lembab-lembab je. Dah siap.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Peria Goreng Telur Peria Goreng Telur
Peria tanam sendiri depan rumah kecil² je buahnya terbantut agaknya😅rasa nya tak pahit macam peria katak biasa..syok meratah😆mungkin species yang berbeza kot sebab corak nya besar² sikit berbanding corak peria katak yang halus² tu..ni andaian sya sendiri la🤣 shazrina -
Jus peria katak Jus peria katak
#bonusair#goldenapron#saturesepisatupohonPeria katak adalah sayuran tropika yang pahit rasanya.Walaupun pahit, ia menjadi sayuran yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana khasiatnya yang banyak.Bagi mendapatkan khasiat yang lebih lagi, sebaik-baiknya peria katak ini dibuat jus daripada buah yang masih hijau.Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan.Oleh itu bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.Khasiat peria katak dikhabarkan dapat menyembuh penyakit kencing manis. Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah.Jika anda memang telah disahkan mengidap kencing manis, boleh cuba jus ini. Walaupun ia pahit tetapi bermanfaat😊 Ziana Chesaad -
Peria Katak Goreng Rangup Peria Katak Goreng Rangup
Peria katak mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. Peria boleh dibuat dalam pelbagai versi hidangan ada yang menjadikan air, ulaman, dan tidak kurang juga lauk pauk. Tetapi hari ini saya ingin kongsikan resepi peria katak goreng rangup sebagai kudapan yang boleh dimakan bersama nasi dan juga boleh dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba.!#MaratonRaya#KudapanNurDiana Rosli
-
Sotong Lada Hitam Berdakwat Sotong Lada Hitam Berdakwat
Ceritanya macam ni. Plan asalnya Kak Lat nak masak kicap, sotong ni. Segar-segar suami akak beli. Selalu buat sambal je, boring juga kan. Tapi bila akak masukkan sotong, ha sudah, terpercik dakwat. Alamak, akak dah ter'mis' buang dakwat kat seekor sotong ni. Sudahnya, jadi la menu bidan terjun. Tuang apa yang ada. Yang pasti jimat kicap akak hari ni sebab guna dakwat hitam sotong. 😅 Akak tahu, memang ada resipi sotong masak hitam ni, tapi tak pernah cuba dan tak tahu resipinya. Nak google dah tak sempat dah.Alhamdulillah, sedap juga resipi bidan terjun sebab sotong pun segar, dakwatnya pun manis. Tapi anak bungsu akak tak makan sebab dia nampak masa akak masak tadi. LATIPAH NAWAWI -
Peria Tumis Telur Peria Tumis Telur
Tengah hari ni, teringin nak makan pedas² sikit. Tengok-tengok dalam peti ais ada peria katak. Sedap ni, lagi² kalau ditumis dengan telur😋💕👍🏻 Jasmine Jaquelina -
Peria Telur Masin Peria Telur Masin
42/365Sebelum kena quarantine last weekend, sempat pergi beli groceries. Beli peria memang untuk buat resipi ni. Inspirasi dari kak @pandan. 🤗 Audrey J -
Peria Goreng Telur Peria Goreng Telur
#goldenapron2020#madebyjeehan#cooksnap#cookpadmalaysiaYeaaaayyyyyy..... akhirnya saya dah boleh makan sayur peria tanpa rasa pahit 😁.This is first time, di usia saya yang hampir 36 tahun saya masak peria sendiri dan makan peria😊. Saya tak suka peria kerana peria memiliki rasa yang pahit,dulu Time Kecik-kecik just pernah jilat sayur peria ni jer,tak berani untuk makan. Padahal peria ni Salah satu sayur kegemaran Ibu saya di Bandung, anaknya pulak yang Anti 😁. Terimakasih Cookpader Muhamad Nizam,di atas perkongsian resepi Simple ini, akhirnya saya bila-bila masa dah boleh masak sayur peria tanpa ada rasa pahit 😁. Happy Sangat 😁. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Peria Goreng Telur Berkecai Peria Goreng Telur Berkecai
#goldenapron2020Orang tua-tua cakap, yang pahit ni selalunya jadi ubat. Peria ni jarang-jarang saya beli sebab selalu saya masak peria, mesti tak sedap. Pahit sangat.Hari ni belajar dengan sepupu cara memasak dengan betul. Rupanya kena rendam sekejap dengan air garam, ramas dan toskan. Alhamdulillah, menjadi menu peria ni.Tapi kan.. Sebiji telur berkecai sebab tersalah letak dan bergolek jatuh ke lantai. Rose Nani Nizah Nayan -
Peria Goreng Lada Hitam Peria Goreng Lada Hitam
Banyak khasiat peria ni walaupun pahit. Masalah darah tinggi dapat diatasi dengan mengamalkan memakan peria ni. Peminat peria boleh cuba resipi ni. Mudah dan ringkas jer. Cempaka Putih -
Peria goreng bersama ayam Peria goreng bersama ayam
Sayur kegemaran saya.walaupun pahit tapi lemak dan sedap.anak bujang saya pun suka makan sayur peria ni.elok la tu nak,kan pahit2 ni jadi ubat. Lily Suryani Mohd Ali -
Peria Goreng Rangup Peria Goreng Rangup
Hari ni...kita cuba kerepek peria...sihat,sedappp,rangup dan kurang rasa pahit...anak -anak pun makan😊 Muniroh Annuar -
Peria goreng ranggup Peria goreng ranggup
Peria direndam air garam bagi menghilangkan sedikit rasa pahitnya. Bagi family kami yang biasa makan pahit saya tak rendam pun terus goreng je.Asal : India#cppassport Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen