Wanton Noodle Soup (Mee Wantan Sup) # PhopByLini #batch20

Mee Wantan adalah makanan yang sinonim dengan kaum cina. Mee wantan turut dikenali dengan nama Mee Telur. Rasanya lebih enak dan segar kerana biasanya mee ini dibuat tanpa sebarang pengawet. Boleh didapati di bahagian dingin di pasaraya. Jangan risau, mee wantan adalah berasaskan tumbuhan dan telur. Untuk lebih selamat, beli yang tertera logo halal ya.
Menu mee wantan jarang sekali didapti di restoran melayu. Kalau ada pun, ia dihidangkan di restoran cina muslim. Apa pun, seperti yang kita semua tahu.. selalunya harga hidangan di restoran cina muslim ini agak mahal dari biasa.
Jadi kebetulan tempoh hari saya ada beli sepeket mee wantan di pasaraya berhampiran. Bahan-bahan yang lain sedia ada di rumah. Mari saya kongsikan satu resipi mee wantan kegemaran kami sekeluarga terutama sekali anak-anak saya. Cukup enak dan berkhasiat. Yang penting sekali mudah untuk disediakan.
Jangan lupa cuba ya.
Wanton Noodle Soup (Mee Wantan Sup) # PhopByLini #batch20
Mee Wantan adalah makanan yang sinonim dengan kaum cina. Mee wantan turut dikenali dengan nama Mee Telur. Rasanya lebih enak dan segar kerana biasanya mee ini dibuat tanpa sebarang pengawet. Boleh didapati di bahagian dingin di pasaraya. Jangan risau, mee wantan adalah berasaskan tumbuhan dan telur. Untuk lebih selamat, beli yang tertera logo halal ya.
Menu mee wantan jarang sekali didapti di restoran melayu. Kalau ada pun, ia dihidangkan di restoran cina muslim. Apa pun, seperti yang kita semua tahu.. selalunya harga hidangan di restoran cina muslim ini agak mahal dari biasa.
Jadi kebetulan tempoh hari saya ada beli sepeket mee wantan di pasaraya berhampiran. Bahan-bahan yang lain sedia ada di rumah. Mari saya kongsikan satu resipi mee wantan kegemaran kami sekeluarga terutama sekali anak-anak saya. Cukup enak dan berkhasiat. Yang penting sekali mudah untuk disediakan.
Jangan lupa cuba ya.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Jenama sos, mee atau wantan terpulang.
- 2
Rebus mee wantan. Sekitar 1-2 minit sahaja. Jangan terlampau lama. Setelah itu bilas dengan air sejuk. Gaul dengan 1 sudu minyak bijan jika mahu disimpan supaya mee tidak melekat antara satu sama lain. Jika terus ingin dimakan bersama sup, tak perlu letak.
- 3
Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang putih, bawang dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau
- 4
Masukkan isi ayam dan bebola ikan
- 5
Masukkan air, tunggu hingga mendidih. Selepas itu masukkan udang dan wantan.
- 6
Masukkan 1 camca stok ayam dan 1 camca sos ikan. Saya masukkan juga serbuk lada putih untuk (optional).
- 7
Bila air dah mendidih dan bahan lain dah hampir masak, masukkan siew pak choi yang telah dibelah 2
- 8
Akhir sekali bila sup dah mendidih dan sayur dah layu, tambah 1 camca kecil minyak bijan. Perasakan dengan serbuk perasa atau garam ikut selera masing-masing. Saya tak tambah sebab sup dah cukup rasa dengan stok ayam dan sos ikan tadi.
- 9
Hiaskan dengan bijan dan daun bawang. Sedap dimakan ketika masih panas.
Resipi Sepertinya
-
Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳 Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳
#cppassportWontons atau Wantan berasal daripada negara China dari zaman Dinasti Qing (1644). Dahulunya Sup Wonton dinikmati oleh keluarga kelas atas yang kaya raya tetapi selepas Perang Dunia II, ia menjadi lebih meluas.Yani sekeluarga suka menikmati hidangan sup, jadi untuk kelainan Yani masak Wantan bersama sup dan juga ditambah dengan mee kicap.Biasanya jika tidak PKP, ada 1 restoran makanan yang sering kami kunjungi untuk menikmati hidangan ini. Pemiliknya restoran tersebut memang berketurunan Cina dan perniagaannya juga berasaskan masakan Cina seperti Nasi Ayam, Cantonese Yee Mee, Wantan, Mee Wantan dan banyak lagi.Ok, jom lihat resipinya. Selamat mencuba Nur Azliani Amer -
Mee Wantan Lazat Mee Wantan Lazat
Satu lagi hidangan masyarakat cina tetapi menjadi kesukaan ramai. Lanjutan dari resepi ladu saya semalam, timbul idea untuk membuat wantan mee. Bezanya semalam saya guna kulit gyoza, untuk hidangan ini saya guna kulit wantan. Moh kita lihat resepi dulu moh! 👇👇👇#pinkboxcereal#kicapcili Ell Sakimin -
Mee Wantan Kicap segera Mee Wantan Kicap segera
Lama tidak makan mee wantan, jadi sarapan pagi tadi saya buat mee wantan kicap dgn menggunakan bahan-bahan yg ada di dapur sahaja. irar -
Mee sup wantan Mee sup wantan
#goldenapron2020Mee sup wantan kegemaran anak anak semestinya..selamat mencuba ijan jefri -
🍜🍜Wantan Mee🍜🍜 🍜🍜Wantan Mee🍜🍜
Wantan mee ni leh makan dengan sup atau kering mcm tu jer..🍜🧄 resipi ke 14 eiii_lalalala🍪 -
Mee Kicap Wantan & Ayam Char Siew ✨🌸 Mee Kicap Wantan & Ayam Char Siew ✨🌸
Lama dah teringin nak buat mee wantan kicap ni, ayam tu jadilah chi siew, char siew versi halal. Resepi saya belajar dari chef Cina di Tiktok. Nurul Kefftya -
Mee Goreng Mee Goreng
Menu hari ini Mee Goreng.#telur#sawipakchoy#kobis#cuka#meekuning#tomato#GlobalApron2024 Nana Isya -
Nab’s Yee Mee Claypot Soup Nab’s Yee Mee Claypot Soup
#goldenapron2020 • #NabOriental • Dulu masa zaman belajar dekat PASUM & UiTM Puncak Alam jarang boleh balik walaupun dekattt je dengan rumah sebenarnya. Mak tak kasi balik selalu huhu. Once in a while parents akan datang melawat kat kolej bawak makanan favourite. Salah satunya yee mee wantan sup dari satu restoran cina muallaf dekat Taman Samudera ni. My all time favourite! Kalau nak pegi makan sup tu kat sana kena cepat, kalau pegi lambat sup tu dah habis maka nangislah kau di tepi bucu katil. Sekarang dah besar, dah ada masa untuk masak sendiri. Jom kita tengok resipinya!Ditambah suai dari: Sieqa blogspot Nab’s Kitchen Diary -
Mee Udang Pulau Pinang (Penang Hokkien Mee) #phopbylinimohd #batch20 Mee Udang Pulau Pinang (Penang Hokkien Mee) #phopbylinimohd #batch20
#phopbysonia#phopbylinimohd#cookpadmalaysiaMee Udang Pulau Pinang ini ada dua, varsi Melayu yang berkuah tomato dan varsi Cina yang kuahnya dibuat dari stok udang. Mee ini kategorikan sebagai hawkers street food yang wajib cuba jika ke Pulau Pinang.Resipi ini adalah resipi authentic masa saya kerja kat kedai mee penang. Favourite saya, gabungan dari versi Melayu dan Cina. Saya menggunakan sikit tomato dan banyak menggunakan udang, biasanya saya kalau beli udang, kulit dan kepalanya saya frozen, stand by untuk buat masakan berkuah, seperti mee ini.Saya kongsikan resipi spesial ini untuk final task #phopbylinimohd #batch20. Sonia Virgin -
Wantan sup telur puyuh Wantan sup telur puyuh
Sup wantan sedap dimakan begitu sahaja. Boleh pelbagaikan inti dan perasa mengikut kesukaan masing masing. Kalini ziana olah resepi wantan ayam bersama telur puyuh.. Mmg best sangat, serasi.#maratonraya#telurpuyuh#cookpadmalaysia#kongsiresepi Ziana Chesaad -
Sup Wantan Sup Wantan
Wantan memang faveret kami sekeluarga. Hendak membuatnya pun senang sahaja.#GlobalApron2024#Challenge27ChineseFood#AyamDaunbawangHalia#MinyakbijanpakchoyShiitakemushroom irar
Lebih Banyak Resipi
Komen