Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#cppassport

Wontons atau Wantan berasal daripada negara China dari zaman Dinasti Qing (1644). Dahulunya Sup Wonton dinikmati oleh keluarga kelas atas yang kaya raya tetapi selepas Perang Dunia II, ia menjadi lebih meluas.

Yani sekeluarga suka menikmati hidangan sup, jadi untuk kelainan Yani masak Wantan bersama sup dan juga ditambah dengan mee kicap.

Biasanya jika tidak PKP, ada 1 restoran makanan yang sering kami kunjungi untuk menikmati hidangan ini. Pemiliknya restoran tersebut memang berketurunan Cina dan perniagaannya juga berasaskan masakan Cina seperti Nasi Ayam, Cantonese Yee Mee, Wantan, Mee Wantan dan banyak lagi.

Ok, jom lihat resipinya. Selamat mencuba

Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳

#cppassport

Wontons atau Wantan berasal daripada negara China dari zaman Dinasti Qing (1644). Dahulunya Sup Wonton dinikmati oleh keluarga kelas atas yang kaya raya tetapi selepas Perang Dunia II, ia menjadi lebih meluas.

Yani sekeluarga suka menikmati hidangan sup, jadi untuk kelainan Yani masak Wantan bersama sup dan juga ditambah dengan mee kicap.

Biasanya jika tidak PKP, ada 1 restoran makanan yang sering kami kunjungi untuk menikmati hidangan ini. Pemiliknya restoran tersebut memang berketurunan Cina dan perniagaannya juga berasaskan masakan Cina seperti Nasi Ayam, Cantonese Yee Mee, Wantan, Mee Wantan dan banyak lagi.

Ok, jom lihat resipinya. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
4-6 orang
  1. Bahagian A : Mee Kicap
  2. 4 kepingmee maggi (direbus dan tos)
  3. 4 sudu makanminyak bawang putih
  4. 4 sudu makankicap lemak manis
  5. 1 sudu makanminyak bijan
  6. Bahagian B : Sup
  7. 5 ulasbawang putih (dicincang halus)
  8. 4 sudu makanminyak (untuk goreng bawang putih)
  9. 4-6 kepingkek ikan (dihiris)
  10. 2 literair (untuk kuah)
  11. 1genggam daun sup (dihiris)
  12. 1/2-1kiub pati ayam
  13. 1 sudu makanserbuk lada putih
  14. 1 sudu makangaram
  15. Bahagian C : Wantan
  16. 1pek kulit pastry wantan
  17. 2ketul isi ayam (dicincang kecil)
  18. 15ekor udang (dibuang kulit dan dicincang kecil)
  19. 1 batanglobak merah (disagat kecil)
  20. 1genggam daun sup (dihiris halus)
  21. 5 ulasbawang putih (dicincang, digoreng garing)
  22. 1/2 sudu makangaram
  23. 1 sudu makanminyak bijan
  24. 1mangkuk kecil air (untuk gam kulit wantan)
  25. Bahagian D : Lain-lain
  26. 4ikat sayur sawi (dicuci bersih, dicelur)
  27. Sambal ikan bilis garing / sos cili kicap (optional)

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Bahagian A: Mee Kicap. Yani gunakan mee maggi, celurkan di dalam air yang mendidih. Kemudian setelah lembut, toskan air. Gorengkan 5 ulas bawang putih yang telah dicincang halus dengan 4 sudu makan minyak. Toskan bawang putih y digoreng (bawang putih goreng ini akan digunakan kemudian untuk inti wantan). Ambil minyak goreng bawang putih dan tuangkan ke dalam bekas berisi mee. Masukkan 4 sudu makan kicap, 1 sudu makan minyak bijan, gaul rata kesemua bahan. Siap.

  2. 2

    Bahagian B : Sup. Yani gorengkan 5 ulas bawang putih lagi bersama 4 sudu minyak di dalam periuk. Kemudian masukkan lada putih, 1/2 atau 1 kiub pati ayam. Masukkan 2 liter air dan masukkan kek ikan yang telah dihiris. Masukkan garam juga. Masak sehingga kuah mendidih, akhir sekali masukkan hirisan daun sup. Siap. Untuk sawi pula, potong dan cuci bersih sayur sawi. Kemudian celurkan di dalam periuk air yang mendidih yang lain sehingga layu. Toskan sawi. Siap.

  3. 3

    Bahagian C : Wantan. Inti wantan terdiri daripada isi ayam dan udang yang dicincang. Selain itu ada lobak merah yang disagat kecil dan daun sup yang dicincang halus. Yani juga campurkan bawang putih cincang yang digoreng awal tadi ke dalam bahan inti wantan. Masukkan 1 sudu minyak bijan dan 1/2 sudu makan garam. Gaul rata semua bahan.

  4. 4

    Sediakan 1 mangkuk kecil air. Ambil 1 sudu besar inti wantan dan letakkan di atas sekeping kulit pastry wantan. Sapukan sedikit air di bahagian tepi kulit, kemudian punjutkan atau cantumkan kulit. Susunkan di dalam periuk mengukus. Yani lapiskan periuk mengukus dengan kertas minyak supaya wantan tidak melekat di periuk nanti ketika mengukus. Buat sehingga selesai.

  5. 5

    Kukuskan selama 20 - 30 minit. Jika tidak suka kukus, boleh juga digoreng atau dimasukkan wantan ni di dalam kuah sup (perlu masak sekali dengan kuah sup). Siap.

  6. 6

    Siap dihidangkan atau dibungkus untuk diberi kepada jiran😁. Yani letakkan sambal ikan bilis goreng di atas mee kicap. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya