Sup Wantan

irar
irar @irar_bungaLily
Kuala Lumpur

Wantan memang faveret kami sekeluarga. Hendak membuatnya pun senang sahaja.

#GlobalApron2024
#Challenge27ChineseFood
#AyamDaunbawangHalia
#MinyakbijanpakchoyShiitakemushroom

Sup Wantan

10 orang bercadang membuatnya

Wantan memang faveret kami sekeluarga. Hendak membuatnya pun senang sahaja.

#GlobalApron2024
#Challenge27ChineseFood
#AyamDaunbawangHalia
#MinyakbijanpakchoyShiitakemushroom

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 orang
  1. 12 pcswantan (resipi dibawah 👇)
  2. 6cendawan Shiitake
  3. 2sayur pak choy
  4. daunbawang
  5. Sup :
  6. 1000 mlair
  7. 1/2 kiubayam
  8. 2 ulasbawang putih - ketuk
  9. 1 1/2 incihalia - hiris kasar
  10. 1/2 sudu kecilminyak bijan
  11. 1/2 sudu kecillight soy sos
  12. secukupnyagaram
  13. Wantan :
  14. 30 kepingkulit wantan
  15. Filling :
  16. 300 gisi ayam - kisar
  17. 1 sudu kecillight soy sos
  18. 1/2 sudu kecilminyak bijan
  19. 1 sudu kecillada sulah
  20. 1/4 sudu kecilgaram
  21. daunbawang - potong halus
  22. sedikitbahan perisa - optional
  23. 1 sudu keciltepung jagung

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan :
    ✔ cendawan shiitake - potong 2
    ✔ sayur pak choy
    ✔ daun bawang - potong kecil

    ✔ ayam - kisar ayam sehingga hancur.
    ✔ Filling - satukan semua bahan filling dan gaul sehingga sebati.
    Rehatkan filling di dalam petiais selama 20 minit.
    Filling ini dapat dalam 30 biji wantan. Baki wantan yang tidak digunakan boleh di bekukan dan di simpan dalam petiais.

  2. 2

    Wantan :
    Bentang kulit wantan.
    Isi 1 sudu kecil/secukupnya filling.
    Basahkan sedikit bahagian tepi-tepi kulit wantan dan lipat kulit wantan. Kemudian basahkan penjuru kiri kulit wantan dan sambungkan dengan penjuru kanan. Kemaskan.
    Buat sampai habis.
    Nak explain tak reti jadi bolehlah lihat gambar cara lipat wantan dibawah ni🤭

  3. 3

    Rebus Wantan :
    Dalam periuk didihkan air secukupnya.
    Kemudian masukkan wantan.
    Rebus wantan sehingga wantan terapung. Bila wantan terapung bermakna ianya sudah masak, biarkan dalam 1 minit kemudian baru keluarkan wantan.

  4. 4

    Sup :
    Dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, bawang putih, halia, light soy sos dan minyak bijan. Biarkan sup mendidih sebentar.
    Kemudian masukkan cendawan shiitake. Masak sehingga cendawan lembut.
    Akhir sekali masukkan garam dan daun bawang. Gaul, tutup api.

  5. 5

    Sayur Pak Choy :
    Dalam periuk, didihkan air secukupnya.
    Masukkan sayur pak choy.
    Rebus sekejap sahaja sayur pak choy kemudian keluarkan.
    Rendam sayur dalam air sejuk sekejap supaya sayur tidak layu.

  6. 6

    Waktu Hidang :
    Dalam mangkuk letak wantan dan sayur. Kemudian tuang sup dan tabur sedikit daun bawang.
    sedia di nikmati.
    Untuk cik Abang pula saya tambah wantan noodle 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
irar
irar @irar_bungaLily
pada
Kuala Lumpur
When Baking, Follow Directions, When Cooking, Go By Your Own Taste - Laiko Bahrs
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya